KUALA LUMPUR: Keputusan tidak membenarkan pasukan Malaysia dan Oman menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 malam esok merupakan keputusan Komisioner Perlawanan (MC) Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menerusi laman X dengan memaklumkan keputusan itu dibuat mengambil kira keadaan cuaca yang sering hujan di waktu petang dan malam sejak kebelakangan ini.
"Padang SNBJ telah mendapat kelulusan MC untuk perlawanan.
"Penyokong Harimau Malaya digesa turun ke SNBJ untuk berikan sokongan paling padu," katanya malam ini.
Hari ini, pasukan Harimau Malaya dan Oman dilaporkan tidak mendapat kebenaran untuk menguji padang sebelum perlawanan kerana dimaklumkan bahawa ia tidak berada dalam keadaan yang terbaik.
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menuntut janji kontraktor yang menguruskan padang SNBJ menyediakan padang terbaik bagi perlawanan keempat Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu.
Malaysia tewas 0-2 kepada Oman, Jumaat lalu.
Berdasarkan maklumat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan kebangsaan telah menjalani latihan di Wisma FAM di Kelana Jaya manakala Oman pula di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).
Kumpulan D menyaksikan Oman, Kyrgyzstan dan Malaysia berkongsi enam mata pada tiga kedudukan teratasi kumpulan dengan perbezaan go, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan perlawanan peringkat kumpulan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
HANNAH: Penyokong Harimau Malaya digesa turun ke SNBJ untuk berikan sokongan paling padu. - Gambar fail/BERNAMA
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Komisioner Perlawanan FIFA tak benarkan berlatih di SNBJ - Hannah
Keputusan itu dibuat mengambil kira keadaan cuaca yang sering hujan di waktu petang dan malam sejak kebelakangan ini.