awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koo,Tan terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia

Bernama
Bernama
17/01/2013
14:16 MYT
Koo,Tan terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia
Beregu nombor dua dunia, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Badminton Maybank Terbuka Malaysia 2013 yang sedang berlangsung ketika ini selepas salah seorang daripada mereka mengalami masalah kesihatan.
Ketua jurulatih beregu kebangsaan Tan Kim Her ketika mengesahkan perkara itu berkata Tan Boon Heong disyaki telah dijangkiti deman denggi sehingga menjejaskan tumpuan pemain berkenaan untuk beraksi menentang rakan senegara, Goh V Shem dan Lim Khim Wah pada pusingan kedua hari ini.
"Tan telah mengadu kepada saya bahawa beliau tidak sihat sejak semalam namun beliau tetap (berkeras) bermain pada pusingan pertama... jadi saya meminta beliau untuk berehat untuk aksi pusingan kedua pada hari ini.
"Namun, petang tadi, Tan menelefon saya mengatakan bahawa beliau tidak boleh beraksi...saya mengesyaki salah seorang rakan sebilik beliau telah dijangkiti deman denggi (dan ia mungkin menjangkiti Tan)," katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Putra, di sini.
Kim Her berkata ketiadaan pasangan nombor satu negara itu sedikit sebanyak telah menjejaskan peluang beregu lelaki negara pada kejohanan kali ini dan menggesa Goh dan Lim untuk memanfaatkan peluang berkenaan.
"Ini adalah peluang terbaik kepada Goh dan Lim untuk mempamerkan aksi terbaik mereka pada kejohanan kali ini yang juga merupakan salah satu kejohanan yang membawa pungutan mata dalam ranking dunia," katanya.
Sementara itu, Lim Khim Wah optimis bahawa beliau dan pasangannya mampu melangkah lebih jauh dalam kejohanan kali ini kerana bakal berdepan dengan pasangan Korea, Kang Ji Wook dan Lee Sang Joon pada suku akhir esok.
Kang dan Lee mara selepas menewaskan beregu negara, Hoon Thien How dan Tan Wee Kiong 17-21, 21-11 dan 21-16 pada pusingan kedua.
"Saya akui ketiadaan mereka (Koo dan Tan) menjejaskan skuad beregu negara namun saya dan Goh bertekad untuk memberikan aksi yang terbaik menentang pasangan dari Korea itu, esok," katanya.
Topic Berkaitan
#Kejohanan Badminton Maybank Terbuka Malaysia
#Koo Kien Kiat
#Tan Boon Heong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan