awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kounde julang Barcelona di pentas final Piala Raja Sepanyol

Sinar Harian
Sinar Harian
27/04/2025
04:45 MYT
Kounde julang Barcelona di pentas final Piala Raja Sepanyol
Kounde muncul wira Barcelona untuk merangkul Piala Raja Sepanyol ke-32 sekali gus memberikan trofi pertama buat Hansi Flick. - Reuters
BARCELONA menewaskan Real Madrid 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol yang mendebarkan di Stadium La Cartuja, hasil jaringan kemenangan Jules Kounde pada minit ke-116.

Ringkasan AI
  • Dalam perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol, Barcelona menang 3-2 hasil jaringan dramatik Jules Kounde pada minit ke-116 selepas permainan diheret ke masa tambahan.
  • Kemenangan ini memberikan trofi utama pertama kepada jurulatih Barcelona, Hansi Flick, dan meningkatkan keyakinan pasukan menjelang aksi separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Inter Milan.
  • Perlawanan akhir dicemari insiden kad merah untuk tiga pemain Real Madrid, sementara Barcelona mengukuhkan status mereka sebagai kelab paling berjaya dalam sejarah Piala Raja Sepanyol dengan kejuaraan ke-32.

Pedri membuka jaringan buat Blaugrana kendalian Hansi Flick, sebelum Kylian Mbappe dan Aurelien Tchouameni mengubah kedudukan memihak kepada Los Blancos bimbingan Carlo Ancelotti.
Bagaimanapun, Ferran Torres berjaya menyamakan kedudukan untuk Barcelona, sekali gus memaksa permainan dilanjutkan ke masa tambahan sebelum Kounde muncul wira dengan jaringan dramatik.
 Pemain-pemain Barcelona meraikan kejayaan merangkul Piala Raja Sepanyol. - Foto Reuters
Pemain-pemain Barcelona meraikan kejayaan merangkul Piala Raja Sepanyol. - Foto Reuters
Kemenangan ini menghadiahkan trofi utama pertama buat Flick serta memperkukuh keyakinan pasukan menjelang aksi separuh akhir Liga Juara-Juara menentang kelab Serie A, Inter Milan di Estadi Olímpic Lluís Companys, Khamis ini.
"Sungguh luar biasa. Kami semua amat berbangga dengan pasukan ini dan ia merupakan kemenangan yang gemilang buat kita," kata Flick selepas perlawanan.
Perlawanan akhir itu turut dicemari insiden kad merah membabitkan tiga pemain Real Madrid, iaitu Antonio Rudiger, Jude Bellingham dan Lucas Vazquez.
Barcelona kini menambah koleksi kejuaraan Piala Raja Sepanyol mereka kepada 32 trofi, sekali gus terus memegang rekod terbanyak dalam sejarah kejohanan tersebut. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#barcelona
#Real Madrid
#Piala Raja Sepanyol
#Jules Kounde
#Copa del Rey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan