awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KRW FC perlu RM2 juta untuk beraksi pada saingan A1 Liga Malaysia

Bernama
Bernama
22/12/2024
00:30 MYT
KRW FC perlu RM2 juta untuk beraksi pada saingan A1 Liga Malaysia
Nik Hafiz Naim berkata beberapa syarikat telah menyatakan persetujuan untuk menjadi rakan penjana dan bekerjasama dengan KRW FC bagi mengukuhkan kewangan pasukan. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) memerlukan dana sebanyak RM2 juta untuk beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Presiden KRW FC Nik Hafiz Naim Nik Hassan berkata dana tersebut termasuk untuk membawa masuk pemain bertaraf bintang dalam pasukan itu selain perbelanjaan pengurusan dan kelab.
Menurut beliau, dana itu merupakan permulaan bagi saingan Liga A1 Liga-M untuk mempersiapkan pasukan dan memberi saingan sengit kepada pasukan-pasukan lain.
"Majoriti daripada 116 pelabur yang sebelum ini bersama Kelantan FC telah menyatakan hasrat mereka untuk turut bersama KRW FC," katanya.
"Saya dan rakan-rakan pelabur yang sebelum ini membiayai Kelantan FC, kini bertekad untuk bersama KRW FC bagi meneruskan usaha membentuk pasukan ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Tandatangan Usahasama dan Pelancaran Kelab Bola Sepak KRW FC di sini semalam.
Mengulas lebih lanjut, beliau berkata beberapa syarikat telah menyatakan persetujuan untuk menjadi rakan penjana dan bekerjasama dengan KRW FC bagi mengukuhkan kewangan pasukan.
"Pihak kami kini sedang dalam proses memohon kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk membolehkan KRW FC beraksi dalam saingan Liga A1 musim depan," katanya.
"KRW FC ini adalah usaha kami untuk mengembalikan nama Kelantan The Red Warriors FC (TRW FC) yang telah hilang daripada radar bola sepak Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Malaysia
#The Red Warriors
#dana
#Liga A1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan