awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
Menteri Luar Norway sokong kedaulatan Denmark susulan Trump kembali berminat terhadap Greenland
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurang pemain import punca tewas - Tengku Hazman

Bernama
Bernama
04/01/2026
03:50 MYT
Kurang pemain import punca tewas - Tengku Hazman
Pemain Terengganu FC, Kyaw Min Oo (dua, kiri) mengasak pemain Penang FC, Danilo Sipovac (dua, kanan) pada perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi. - Gambar Bernama
KUALA NERUS: Ketiadaan pemain import mencukupi dalam barisan pemain menjadi punca utama kekalahan mengejut Terengganu FC (TFC) 0-2 kepada Penang FC pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.
Pemangku Ketua Jurulatih TFC, Tengku Hazman Raja Hassan berkata, hanya dapat menurunkan tiga tonggak import disebabkan pelbagai masalah seperti kecederaan dan pemain tamat kontrak.
Selain itu, ketiadaan Nurillo Tukhtasinov selaku perancang tengah juga menyebabkan skuad Penyu hilang kreativiti untuk mengatur serangan sehingga menyebabkan TFC hilang tiga mata di laman sendiri.
"Saya dah jangka perkara ini (kekalahan) akan berlaku. Malam ini kita hanya dapat turunkan tiga pemain import kerana tonggak utama seperti Yan Mabella dan Gabriel Silva dibelenggu kecederaan. Amat sukar pemain tempatan bersaing dengan enam pemain import Penang FC.
"Apabila Nurillo tiada, kita juga kehilangan pemain yang boleh menjadi perancang. Pemain muda kita agak kaku dan tidak dapat beri apa yang diharapkan," katanya selepas tamat perlawanan.
Pada perlawanan itu penyerang import Penang FC Tchetche Kipre muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol pada minit ke-69 dan ke-89.
Sementara itu, pengendali skuad Harimau Kumbang, Wan Rozaimi Wan Ismail menyifatkan kemenangan itu sebagai kejayaan besar yang membakar semangat Penang FC untuk memperbaik kedudukan di persada liga musim ini.
"Walaupun prestasi kami amat terumbang-ambing, saya tetap positif datang ke Terengganu dengan misi mengutip tiga mata.
"Saya berpesan pada pemain supaya tidak terlalu gopoh dan ghairah menjaringkan gol kerana banyak kesilapan akan berlaku apabila keputusan tidak tepat. Jadi mereka bersabar dan tunggu masa yang tepat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terengganu FC
#Penang FC
#Liga Super
#tengku hazman raja hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan