KYLIAN Mbappe berkata dia tidak mengharapkan 'apa-apa' daripada Paris Saint-Germain kerana penyerang itu gagal menyembunyikan kekecewaannya selepas kekalahan hari terakhir perlawanan saingan Ligue 1.

Mbappe menjaringkan gol ke-29 musim ini dalam saingan Ligue 1 untuk merangkul anugerah penjaring terbanyak pertandingan itu untuk tahun kelima berturut-turut pada hari Sabtu, namun PSG masih tewas 3-2 di tempat sendiri menentang Clermont Foot.

Skuad kendalian Christophe Galtier sudah pun menamatkan saingan dinobat sebagai juara buat kali kedua berturut-turut selepas perlawanan, namun Mbappe tidak begitu gembira apabila ditanya mengenai situasi umum di kelab itu sekarang.

Penyerang Perancis itu memberitahu Canal Plus, "Apa yang saya harapkan daripada PSG musim depan? Tidak, tiada apa-apa, saya di sini hanya untuk bermain. Saya masih mempunyai kontrak, saya akan terus bermain. Kelab melakukan apa yang boleh, saya hanya akan gembira dengan apa yang kelab lakukan. Selebihnya bukan urusan saya."

PSG memberi penghormatan khas kepada Sergio Rico dalam perlawanan terakhir mereka pada kempen 2022-23, dan Mbappe meraikan sepakan penalti minit ke-21 dengan mengangkat baju penjaga gol itu. Rico masih dalam rawatan rapi selepas kemalangan serius menunggang kuda, tetapi kini berada dalam keadaan stabil.

Mbappe menambah mengenai kesihatan Rico yang jauh lebih penting daripada perkara di atas padang di Parc des Princes, "Perkara yang paling penting ialah penghormatan kepada Sergio Rico. Terdapat perkara yang lebih penting daripada bola sepak.

"Di atas padang, kami sudah pun juara, kami boleh tewas 22-0 dan ia tidak akan mengubah apa-apa untuk kami. Kami benar-benar perlu memberi penghormatan kepada Sergio, kami semua terjejas, ia telah membimbangkan kami sepanjang minggu. Kami akan berdoa dan menghantar sebanyak mungkin aura positif kepada keluarkan dia dari situasi ini." - Stadium Astro