awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagu tema Sukan SEA 2017, 'Bangkit Bersama' dilancar

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
08/08/2017
10:17 MYT
Lagu tema Sukan SEA 2017, 'Bangkit Bersama' dilancar
Pelancaran lagu "Bangkit Bersama" ini melengkapkan tiga lagu tema yang dicipta untuk KL2017. - Foto Astro AWANI / Raja Hisham Raja Zaid
Kemeriahan detik-detik menjelang temasya Sukan SEA 2017 (KL2017) kian terasa dengan pelancaran lagu tema "Bangkit Bersama" oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini.
Lagu hasil gubahan komposer Datuk Ramli MS itu dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah.
Jelas Khairy, lagu tersebut juga adalah hasil cetusan idea Jawatan Kuasa Pengelola Malaysia (MASOC) yang melancarkan kempen "crowdsourcing" untuk menjemput masyarakat menyumbang idea untuk menghasilkan lirik lagu tema berkenaan di media sosial.
BACA: Dayang Nurfaizah dipilih menyanyikan lagu tema Sukan SEA 2017
"ini merupakan kali pertama kami mengambil langkah untuk melibatkan orang ramai dalam menghasilkan lagu tema temasya sukan yang besar.
"Saya amat gembira melihat sokongan masyarakat terhadap sumbangan idea dan cerita yang dihantar dan hari ini saya persembahkan lagu yang ditulis dan dimiliki oleh semua peminat dan penyokong KL2017," katanya pada majlis pelancaran yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di ibu negara.
Pelancaran lagu "Bangkit Bersama" ini melengkapkan tiga lagu tema yang dicipta untuk KL2017.
Dua lagu lain bertajuk "Tunjuk Belang" nyanyian MonoloQue, Azlan dan MaliQue dan "So Many Hands" oleh Mia Palencia.
Temasya Sukan SEA bakal berlangsung pada 19 Ogos sehingga 30 Ogos ini.
Topic Berkaitan
#Belia
#Dayang Nurfaizah
#K2017
#Khairy Jamaluddin
#lagu tema
#Malaysia
#menteri
#Ramli MS
#SEA Games
#sukan
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan