Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David mendapat laluan percuma ke separuh akhir selepas lawannya menarik diri di set ketiga pada Kejohanan Terbuka Netsuite di San Francisco, Amerika Syarikat, Rabu.
Bekas pemain nombor satu dunia itu mendahului dua set pertama dengan 11-9 dan 11-6 sebelum lawannya Nour El Tayeb menarik diri ketika ketinggalan 0-7 pada set ketiga pada saingan suku akhir.
Pemain Mesir itu, yang menghuni ranking ke-12 dunia, sebelum itu terjatuh beberapa kali berikutan permukaan lantai dikatakan licin dalam gelanggang kaca di Bay Club, San Francisco.
"Ini bukan cara yang paling baik untuk menang dan saya berharap dia tidak mengalami kecederaan," Nicol dipetik sebagai berkata dalam laman web Persatuan Skuasy Profesional (PSA) www.psaworldtour.com.
Nicol, yang juga pemain nombor tiga dunia, akan berdepan dengan pemain nombor tujuh dunia, Amanda Sobhy, dari Amerika Syarikat, pada saingan separuh akhir.
Pemain dari Boston itu hanya mengambil masa 24 minit untuk mengalahkan pemain Hong Kong, Joey Chan dengan 11-3, 12-10, 11-2 dalam perlawanan suku akhir pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$150,000 (RM619,957). - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2016
Nicol, yang juga pemain nombor tiga dunia, akan berdepan dengan pemain nombor tujuh dunia, Amanda Sobhy, dari Amerika Syarikat, pada saingan separuh akhir. - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Laluan percuma Nicol ke separuh akhir
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David mendapat laluan percuma ke separuh akhir selepas lawannya menarik diri di set ketiga pada Kejohanan Terbuka Netsuite di San Francisco, Amerika Syarikat, Rabu.