TINDAKAN Harry Kane melambai tangan kepada penyokong selepas Tottenham Hotspur tewas 1-3 kepada Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) mencetuskan tanda tanya mengenai nasibnya bersama kelab itu.
Selepas dia gagal merancang perpindahan ke Manchester City pada 2021, Kane yang mempunyai baki setahun dalam kontraknya dikaitkan dengan Bayern Munich, Paris Saint-Germain dan Manchester United.
Bagaimanapun jurulatih sementara Spurs, Ryan Mason pantas menafikan spekulasi tersebut sebaliknya beliau menjelaskan tindakan Kane itu sebagai penghargaan buat penyokong kerana ia merupakan perlawanan terakhir di laman sendiri.
“Dia melambai kepada orang ramai setiap musim. Saya masih ingat duduk di sini dua tahun lalu dan anda semua yakin dia akan pergi, berkata perkara yang sama.
“Ia adalah perlawanan terakhir di laman sendiri musim ini jadi dia mahu menunjukkan penghargaannya terhadap sokongan yang dia terima dan kami semua menerima musim ini,” ujar Mason.
Pada aksi itu, sepakan percuma Kane meletakkan Spurs di depan selepas lapan minit untuk gol ke-30 dalam semua pertandingan musim ini.
Bagaimanapun Brentford bertindak balas dengan dua gol Bryan Mbeumo dan gol lewat perlawanan dari Yoane Wissa menyebabkan penyokong Spurs kecewa.
Kekalahan itu melenyapkan impian Spurs untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 21 2023
Kane melambai tangan kepada penyokong selepas tamat aksi Spurs menentang Brentford dalam saingan EPL. - Foto EPA
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merentasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Harry Kane bakal kembali ke Tottenham untuk pra-musim
Penyerang Bayern Munich, Harry Kane, akan kembali ke Stadium Tottenham Hotspur untuk menentang bekas kelabnya itu pada Ogos depan.
Harry Kane cipta sejarah Bundesliga dengan hatrik keempat bersama Bayern
Harry Kane mencipta sejarah Bundesliga apabila dia menjadi pemain pertama yang menjaringkan empat hatrik dalam musim debut bersama Bayern Munich.
Harry Kane pemain British pertama cetak 50 gol di pentas Eropah
Dia menghidupkan kembali peluang FC Bayern dalam Perlawanan Liga Juara-juara menentang Lazio untuk mara ke peringkat suku akhir.
Hatrik Kane bantu Bayern benam Bochum
Tujuh jaringan itu meletakkan Kane di depan Gerd Mueller, Miroslav Klose dan Mario Mandzukic yang masing-masing menjaringkan lima gol.
UCL: Man United diundi bersama Bayern, kumpulan maut buat Newcastle
Pusingan pertama perlawanan kumpulan akan dimainkan pada 19 dan 20 September.
Bundesliga: Harry Kane kian berbisa di Bayern Munich
Harry Kane merakamkan dua gol dalam penampilan sulung Bundesliga ketika Bayern Munich menewaskan Augsburg 3-1.
Tottenham, Brentford sama kuat di Stadium Komuniti Gtech
Aksi Tottenham buat pertama kali tanpa kelibat Harry Kane menyaksikan pemain baharu James Maddison menyarung jersi nombor 10.
Harry Kane diberi kebenaran untuk ke Munich jalani ujian perubatan
Bayern dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Tottenham mengenai perjanjian GBP95 juta untuk menandatangani penyerang England itu.
Kane: Perebutan terhadapnya tiada kesudahan
Harry Kane merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman buat pasukan kebangsaan England.
Nilai tidak masuk akal, Manchester United batal hasrat tandatangani Harry Kane
The Red Devils berasakan, harga yang diminta Spurs untuk pemain berusia 29 tahun itu adalah tidak realistik.