Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 September 2025.
Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa adalah mustahil untuk memasukkan remaja berusia 13 tahun itu ke dalam mesin basuh.
Sebanyak 200 sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara akan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dalam masa terdekat dengan peruntukan RM3 juta.
Kes kehilangan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak 24 Ogos lalu sebelum ditemui selamat di Ampang akan dirujuk kepada Lembaga Siasatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa remaja berusia 13 tahun itu dipercayai sama ada melompat atau bergayut sebelum ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan di Mahkamah Sesyen bahawa beliau menggunakan pengaruh dan jawatannya bagi memastikan beliau dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, menerima wang RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Berhad dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menegaskan keterangan saksi forensik perlu diperkukuh dengan kepakaran lain, termasuk biomekanik, bagi membantu mahkamah memahami punca sebenar kematian remaja berusia 15 tahun itu.
Prosiding inkues kematian remaja, Zara Qairina Mahathir, akan diteruskan pada Isnin dengan mendengar keterangan beberapa saksi termasuk ahli kimia dan doktor perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (QE).
Rakyat Malaysia di Indonesia diminta supaya tidak mengunjungi kawasan panas yang dikenal pasti menjadi lokasi demonstrasi susulan rusuhan di beberapa tempat di negara itu sejak 28 Ogos lepas.
Delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza kini berada di Kepulauan Menorca, Sepanyol, sementara menunggu ketibaan beberapa kapal lain yang berpatah balik berikutan masalah teknikal serta ribut yang melanda laluan mereka dua hari lepas.
Remaja warga United Kingdom, David Balisong, 17, yang dilaporkan hilang sejak tiga bulan lepas ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah hotel di Jalan Pudu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


