awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurus, operator kilang kelapa sawit ditahan susulan pencemaran Sungai Sayong
Gempa bumi sederhana landa Laut Jawa
Matahari muncul semula - Holgado
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter hilang di Indonesia ditemukan terhempas, lapan disahkan maut

Bernama
Bernama
04/09/2025
15:46 MYT
Helikopter hilang di Indonesia ditemukan terhempas, lapan disahkan maut
Bangkai helikopter berkenaan ditemukan pada Rabu berhampiran Air Terjun Mandin Damar di kawasan hutan berbukit dan terpencil. - Foto: Basarnas
JAKARTA: Pasukan penyelamat di Indonesia menemukan bangkai helikopter yang dilaporkan hilang pada Isnin di Kalimantan Selatan. Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) mengesahkan kesemua lapan orang di dalamnya maut.
Bangkai helikopter berkenaan ditemukan pada Rabu berhampiran Air Terjun Mandin Damar di kawasan hutan berbukit dan terpencil. Fiuslaj itu dilaporkan terbakar dan mengeluarkan asap, manakala bahagian ekornya ditemukan terpisah tetapi sebahagian besarnya masih utuh.
"Pada 2.45 petang waktu tempatan, pasukan penyelamat menemukan seorang mangsa kira-kira 100 meter dari lokasi nahas," kata Pengarah Operasi Basarnas, Yudhi Bramantyo dalam satu kenyataan.
Semua mangsa, termasuk tiga penumpang warga asing dari Amerika Syarikat, India dan Brazil, dibawa ke Hospital Polis Bhayangkara di Banjarmasin untuk proses pengecaman.
Helikopter jenis Airbus MBB BK117-D3, yang dikendalikan oleh PT Eastindo Air itu berlepas dari Lapangan Terbang Kota Baru pada 8.46 pagi waktu tempatan menuju ke Palangkaraya, tetapi terputus hubungan lapan minit kemudian.
Usaha pencarian terhalang oleh bentuk rupa bumi yang mencabar dan hutan tebal sebelum bangkai pesawat itu ditemui. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas, tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#helikopter terhempas
#Indonesia
#Basarnas
#misi mencari
#SAR
#lapan maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan