SUKAN
Lee Chong Wei kini bergelar Datuk Seri

Chong Wei bersama isteri, Datin Seri Wong Mew Choo, pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-84 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, hari ini. - Bernama
LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada Rabu, menerima kurnia Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Ringkasan AI
- Datuk Lee Chong Wei menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena ulang tahun ke-84 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib.
- Beliau merupakan anak jati Pulau Pinang dan atlet badminton paling berjaya negara, pernah menduduki ranking nombor satu dunia selama 349 minggu termasuk 199 minggu berturut-turut serta meraih tiga pingat perak Olimpik.
- Turut menerima anugerah ialah Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (DPPN) dan Suhardi Alias (DSPN), masing-masing membawa gelaran Datuk Seri dan Datuk.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pula menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.
Selain itu, Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, antara yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa kepada gelaran Datuk. - Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami