awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York bermula susulan rundingan kontrak gagal
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lee Zii Jia bakal terima imbuhan - MB Kedah

Bernama
Bernama
24/03/2021
13:03 MYT
Lee Zii Jia bakal terima imbuhan - MB Kedah
Pada aksi final di Utilia Arena Birmingham, Zii Jia menamatkan penantian Malaysia selama empat tahun untuk meraih gelaran All England, selepas menewaskan Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22 dan 21-9. - foto Twitter BAM
ALOR SETAR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang berjaya merangkul kejuaraan badminton All England pada Ahad lalu, bakal menerima imbuhan daripada kerajaan negeri Kedah.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata bentuk imbuhan itu bagaimanapun masih dalam pertimbangan, manakala majlis khas untuk meraikan anak kelahiran Kedah itu akan diadakan selepas Zii Jia tamat tempoh kuarantin setelah pulang dari luar negara.
"Kita akan hargai sumbangan Lee Zii Jia, sangat bangga dengan pencapaian beliau yang masih muda baru berusia 23 tahun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi menyifatkan Zii Jia layak menjadi contoh buat semua keluarga di negara ini kerana kejayaan setiap anak-anak bergantung kepada sokongan kuat daripada keluarga sendiri.
"Beliau ada ciri-ciri sokongan keluarga yang kuat dan saya rasa faktor kekeluargaan kuat inilah akan membantu kejayaan anak-anak.
"Ibu bapa ada anak-anak mempunyai kemahiran sukan perlu beri galakan dan sokongan moral agar anak-anak berjaya dan Zii Jia contoh yang mendapat sokongan jitu keluarga dan punyai tahap disiplin tinggi dalam latihan dan kejohanan," katanya.
Pada aksi final di Utilia Arena Birmingham, Zii Jia menamatkan penantian Malaysia selama empat tahun untuk meraih gelaran All England, selepas menewaskan Viktor Axelsen dari Denmark 30-29, 20-22 dan 21-9.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#all england
#Muhammad Sanusi Md Nor
#badminton
#viktor axelsen
#Utilia Arena Birmingham
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan