KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan kepada badan induk berkenaan pada Isnin.
Ia susulan tindakan BAM yang menggantung Zii Jia dari menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun selepas beliau membuat keputusan untuk meninggalkan badan induk itu.
BAM dalam satu kenyataan media pada Isnin berkata, badan induk itu akan meneliti perkara berkenaan secepat mungkin bagi mencari penyelesaian terbaik.
“Dalam sejarah badan induk kami, semua pemain mempunyai hak untuk merayu keputusan yang dibuat oleh Majlis dan BAM mengambil kira rayuan ini untuk bertindak sewajarnya.
“Justeru, BAM juga mengesahkan bahawa kami telah menerima surat rayuan daripada Lee Zii Jia hari ini (Isnin).
“Sebagai pihak yang melindungi kepentingan badminton negara, kami sedang meneliti perkara itu dengan mencari penyelesaian terbaik,” jelas BAM.
BACA: BAM tidak akan daftar Lee Zii Jia untuk mana-mana pertandingan selama dua tahun
BACA: Semangat Zii Jia untuk badminton negara masih teguh - Ahmad Faizal
Dalam kenyataan yang sama, BAM turut menegaskan ia menyedari kemelut yang melanda ketika ini memberi impak yang mendalam bukan sahaja kepada komuniti badminton tetapi kepada rakyat Malaysia.
Jelas BAM, sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab, mereka mempunyai proses yang mesti dipatuhi dan setiap tindakan adalah berdasarkan prosedur rasmi berdasarkan maklumat yang disampaikan.
“BAM ditubuhkan untuk melindungi bukan saja sukan itu sendiri tetapi pemain, nilai dan standard terbaik bagi mewakili negara tercinta,” kata BAM.
Faris Danial Razi
Mon Jan 24 2022

BAM mengesahkan pemain perseorangan lelaki negara, Zii Jia sudah menghantar surat rayuan kepada badan induk berkenaan pada Isnin. - fotoBERNAMA

PM adakan lawatan ke Jepun, perkasakan Dasar Pandang ke Timur
Memperkasakan Dasar Pandang ke Timur serta memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dalam hubungan dua hala Malaysia-Jepun adalah antara intipati yang bakal diketengahkan Perdana Menteri.

Bot tunda bersama tiga kru disyaki karam di Pulau Mantanani
Sebuah bot tunda Mega Jaya 2, bersama tiga kru disyaki karam di posisi 35 batu nautika barat laut Pulau Mantanani di Kota Belud, semalam.

Buli junior: Empat pelajar mengaku salah sebabkan kecederaan
Kesemua tertuduh berusia 15 hingga 16 tahun turut membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan

Identiti dua mayat pendaki Gunung Suku sudah dikenal pasti - Ketua Polis Perak
Bedah siasat akan dijalankan hari ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi mengenal pasti punca kematian kedua-dua mangsa.

DUN Sarawak: Gagal capai persetujuan tuntutan MA63, akan dirujuk kepada penilai bebas
Kegagalan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam mencapai persetujuan dalam sebarang semakan yang dituntut Sarawak akan dirujuk kepada penilai bebas.

Jiwa SME | Media sosial bantu Bateqila tembusi pasaran dunia
Pandemik COVID-19 menjadi titik permulaan kepada usahawan muda batik akrilik untuk lebih aktif menggunakan media sosial sebagai platform jualan produknya. Jika dahulu kesemua pelanggannya lebih kepada 'walk-in' dan setempat, kini Bateqila mendapat tempahan dari seluruh negara termasuk United Kingdom dan Kanada.

Pembantu kedai makan didenda RM2,500 lakukan khianat buang patung hiasan
Gabriele mengaku mengambil patung hiasan air pancutan yang tersambung dengan hos paip kecil sehingga tercabut dan rosak serta membuangkannya ke dalam tong sampah.
![[TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global [TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968239/thumbnails/14500335421653283452025_640x360.jpg)
[TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global
Malaysia meletakkan tiga fokus utama dalam penglibatan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 seiring mendapani cabaran era pascapandemik meliputi keterangkuman, ekonomi digital dan kelestarian. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengetuai delegasi Malaysia ke Davos berpandangan, forum global itu juga penting untuk pemimpin tempatan bertukar idea dan mempelajari amalan terbaik untuk memulihkan ekonomi negara.

Maraton New York: Seorang maut, 15 lagi dimasukkan ke hospital
Pelari wanita berusia 32 tahun itu rebah sejurus tiba di garisan penamat dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan.

i-Qids, vitamin tinggi nutrisi bagi perkembangan sel-sel otak si manja
i-Qids diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid, multivitamin dan mineral yang mampu menyokong perkembangan minda si manja.

Badminton: Usah tekan Zii Jia - Roslin
Jangan letak harapan menggunung kepada Lee Zii Jia!

Paulus tinggalkan BAM untuk bersama keluarga
Jurulatih beregu campuran negara Paulus Firman menjadi jurulatih terbaharu yang mengucapkan selamat tinggal kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 1 Mei.

Skuad badminton mampu realisasi sasaran separuh akhir Piala Thomas
Keyakinan itu dilontarkan bekas pemain beregu lelaki profesional negara, Koo Kien Kiat, berdasarkan mutu persembahan pemain muda.

BAM bakal ubah struktur, pisahkan dengan ABM
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal melangkah ke dimensi baharu menerusi pemisahan badan induk itu dengan Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Piala Thomas: Aaron selesa pikul tugas ketua pasukan
BAM sekali lagi memberi tanggungjawab itu kepada Aaron untuk mengetuai para pemain di kejohanan berpasukan lelaki berprestij Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand, pada 8-15 Mei ini.

BAM umum skuad Piala Thomas, Piala Uber
BAM mengumumkan senarai beregu tersebut, menyaksikan Aaron menggalas tugas sebagai kapten pasukan pada kempen kali ini.

Piala Thomas: Wajib menang berdepan England - Daren
Daren tidak mahu terlalu memikirkan mengenai sasaran final yang diletakkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Piala Thomas 2022: Keputusan akhir Zii Jia jalani latihan pusat di tangan BAM
Keputusan akhir untuk memanggil jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menjalani latihan pusat menjelang Piala Thomas 2022 dalam masa terdekat ini akan diputuskan oleh BAM.

BAM sudah beri tawaran lanjut kontrak Paulus - Rexy
Paulus Firman bagaimanapun, masih belum memberi kata putus mengenai masa depannya bersama BAM selepas kontraknya dijangka tamat hujung bulan ini.

Jurulatih beregu lelaki Flandy Limpele tinggalkan BAM
Warga Indonesia berusia 48 tahun tersebut mahu memulakan perjalanan kerjaya yang baharu.