MALAYSIA
Semangat Zii Jia untuk badminton negara masih teguh - Ahmad Faizal

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengadakan pertemuan dengan Lee Zii Jia untuk mendengar sendiri pandangan daripada pemain perseorangan badminton negara itu. - Gambar Twitter
KUALA LUMPUR: Semangat serta komitmen pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia terhadap sukan badminton negara masih teguh.
Itu yang dikongsikan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas mengadakan pertemuan dengan pemain badminton nombor tujuh dunia itu pada Isnin.
Menerusi perkongsian di Twitter, Faizal memaklumkan, beliau berpeluang untuk mendengar sendiri pandangan daripada Zii Jia.
“Saya berpeluang untuk bertemu dengan Lee Zii Jia pada hari ini dan mendengar sendiri pandangan beliau, apa yang pasti semangat serta komitmen Zii Jia terhadap sukan badminton negara masih teguh.“Selagi kita semua berada di halaman yang sama dalam isu kepentingan negara, Malaysia mampu bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara yang teguh,” ujarnya.
Sebelum ini, Faizal mendedahkan terdapat beberapa cadangan untuk menyelesaikan konflik antara pemain perseorangan badminton negara itu dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Bagaimanapun, katanya, adalah tidak manis untuk beliau berkongsi cadangan itu sebelum mengadakan pertemuan dengan kedua-dua belah pihak.
Terdahulu, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia yang juga Juara Seluruh England 2021 menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuatkuasa 18 Januari lalu susulan keputusannya untuk meninggalkan badan induk itu bagi bergerak secara profesional.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami