awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lee Zii Jia pasrah kerap dibanding dengan Lee Chong Wei

Sinar Harian
Sinar Harian
18/01/2024
00:00 MYT
Lee Zii Jia pasrah kerap dibanding dengan Lee Chong Wei
Zii Jia berkata, sebagai pemain nombor satu Malaysia, beliau tidak boleh elak dibandingkan dengan Chong Wei (gambar kecil). - Gambar fail/Astro ARENA
PEMAIN badminton perseorangan profesional lelaki, Lee Zii Jia pasrah apabila peminat kerap membandingkannya dengan legenda negara, Datuk Lee Chong Wei.
Malah juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 itu mengakui hubungannya dan Chong Wei sebagai 'pelik' terutama selepas bergerak secara profesional.
"Sebagai pemain nombor satu Malaysia, saya tidak boleh elak dibandingkan dengan Chong Wei.
"Saya tak boleh elak, kecuali tukar warganegara, tapi itu mustahil sama sekali. Jadi perkara ini saya perlu lalui di sepanjang karier.
"Jujurnya selepas menjadi profesional, situasi menjadi pelik antara saya dan dia," katanya dalam hantaran temubual oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Terdahulu Zii Jia menumpaskan pemain Kanada, Brian Yang 21-17, 21-19 dalam saingan pusingan pertama Terbuka India 2024 di New Delhi.
Pemain yang berasal di Alor Setar, Kedah itu menjawab pertanyaan media India mengenai hubungannya dengan Chong Wei dan bagaimana dia menguruskan situasi tersebut.
Zii Jia juga sedar bahawa para pengkritik dan peminat sering mengikuti perkembangan kerjayanya dan bertekad untuk melakukan yang terbaik buat negara sambil dibantu oleh pasukannya.
"Kalau gagal, saya akan gagal dan ia semuanya berkisar sama ada berjaya atau gagal. Jadi saya perlu hadapi tekanan seperti ini. Tahun ke tahun, pengalaman saya bertambah dan lebih matang untuk hadapi masalah seperti ini.
"Namun saya belum dapat jalan penyelesaian terbaik, tetapi saya dan pasukan sedang berusaha ke arah itu.
"Banyak berita di sekeliling. Saya mempunyai pasukan dan jurulatih berpengalaman. Mereka banyak membantu dan saya hanya perlu percaya dengan apa yang dilakukan pada ketika ini," katanya.
Menanti Zii Jia dalam saingan pusingan kedua kejohanan berstatus Super 750 pada Khamis ialah pilihan kelima kejohanan, Jonathan Christie dari Indonesia. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lee Chong Wei
#Lee Zii Jia
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan