KUALA TERENGGANU: Legenda bola sepak negara yang pernah membarisi skuad Olimpik Munich 1972, Harun Jusoh, 75, meninggal dunia kira-kira jam 4.15 petang tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Che Kundur, Batu Burok, di sini selepas lima tahun terlantar menderita sakit radang sendi.
Menurut isteri Allahyarham Harun, Sharifah Azizah Syed Omar, 72, arwah suaminya sebelum ini menghidap sakit saraf selepas bersara daripada bola sepak tetapi masih boleh bergerak dan bekerja.
Bagaimanapun, katanya, kesihatan arwah semakin merosot selepas menghidap penyakit radang sendi sejak 2018 dan hanya bergantung sepenuhnya kepada susu khas bagi kelangsungan hidup.
"Sebelum menghembuskan nafas terakhir, saya bersama empat anak berada di sisi arwah. Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya ketika dihubungi.
Sharifah Azizah berkata jenazah suaminya akan disembahyangkan di Masjid Batu Burok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Atas Gong, Baru Burok, di sini malam ini.
Sepanjang kariernya, bekas pemain sayap kiri Malaysia dan Terengganu era 70-an itu pernah beraksi bersama-sama pemain legenda negara termasuk Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Aun, Allahyarham Ali Bakar dan mendiang Datuk R. Arumugam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
Legenda bola sepak negara yang pernah membarisi skuad Olimpik Munich 1972, Harun Jusoh, 75, meninggal dunia kira-kira jam 4.15 petang tadi.
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Kekejaman Zionis: Rundingan gencatan senjata positif - Media Mesir
Kemajuan ketara dicapai dalam rundingan gencatan senjata mengenai konflik Gaza yang berlangsung sejak Sabtu lalu, laporan media Mesir.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama bantuan rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza dengan keseluruhan 100 kontena melibatkan barangan keperluan asas bernilai RM12 juta, bermula pada Isnin. Laporan Afiezy Azaman dari Kaherah, Mesir.
Polis jangka 'deefake' libat ahli politik meningkat
Polis menjangkakan jenayah penggunaan imej palsu menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) deepfake membabitkan ahli politik akan meningkat.
Jenayah Komersial di Malaysia meningkat 95.2 peratus dalam tempoh 5 tahun
Jenayah Komersial menyaksikan peningkatan sehingga 95.2 peratus dalam tempoh lima tahun.
Berusia 30 tahun ke atas, aktif media sosial, pendapatan kukuh jadi sasaran
Mereka yang berusia 30 tahun ke atas, aktif di media sosial dan mempunyai pendapatan kukuh merupakan sasaran sindiket penipuan jenayah komersial.
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.
[TERKINI] Tragedi Kepala Air: 6 dikhuatiri lemas di Lembah Maksina
Enam orang dikhuatiri lemas, dua orang cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai diserang kepala air di Lembah Maksina, Makuau malam tadi.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
Legenda bola sepak negara, Harun Jusoh meninggal dunia
Legenda bola sepak negara yang pernah membarisi skuad Olimpik Munich 1972, Harun Jusoh, 75, meninggal dunia kira-kira jam 4.15 petang tadi.
Najib sedih Wong Choon Wah meninggal dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedihnya di atas kematian bekas pemain bola sepak kebangsaan negara, Wong Choong Wah, pagi Jumaat.