awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda bola sepak negara Mohamad Bakar meninggal dunia

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
08/11/2020
06:22 MYT
Legenda bola sepak negara Mohamad Bakar meninggal dunia
Mohamad pernah menyertai skuad kebangsaan dan berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972. - Foto Astro AWANI
KEPALA BATAS:Arena bola sepak negara kehilangan seorang lagi permata yang pernah mengharumkan nama negara apabila bekas pemain kebangsaan Datuk Mohamad Bakar, 75, meninggal dunia hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.50 pagi Ahad ketika dirawat di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Menurut anak Allahyarham, Siti Mardhiana, bapanya meninggal dunia akibat penyakit berkaitan kegagalan sumsum tulang untuk menghasilkan darah (sepsis secondary to myelodysplastic syndrome).
Menurutnya, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah mereka di Teluk Ayer Tawar dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bagan Ajam, Butterworth selepas solat Asar hari ini.
Allahyarham sebelum ini menerima rawatan berkenaan penyakit itu di Wad Hematologi Hospital Pulau Pinang (HPP) di George Town.
Mohamad pernah menyertai skuad kebangsaan dan berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.
Beliau memulakan karier sebagai pemain bola sepak Pulau Pinang pada 1960-an dan pernah menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik Moscow 1980, sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada 1985.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi laman sosial Facebooknya turut mengucapkan takziah kepada keluarga Mohamad atas pemergian Allahyarham.
Topic Berkaitan
#Mohamad Bakar
#legenda bola sepak negara
#bintang bola sepak negara
#Olimpik Munich
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan