MADRID: Legenda Real Madrid, Amancio Amaro meninggal dunia pada pagi Selasa pada usia 83 tahun, lapor Xinhua.

Amancio menjaringkan 155 gol dalam 471 penampilan untuk kelab itu sebelum menggantung but pada 1976.

Beliau mewakili Sepanyol sebanyak 42 kali serta pernah memenangi Kejohanan Eropah pada tahun 1964 dan merupakan presiden kehormat di Real Madrid.

Selepas bersara, Amancio melatih pasukan B Real Madrid yang memenangi Divisyen Kedua Sepanyol pada 1984 dan melahirkan legenda kelab, seperti Emilio Butragueno, Manolo Sanchis dan Michel Gonzalez.

-- BERNAMA