MANCHESTER UNITED 1 LEICESTER CITY 2
Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers, memuji kemenangan yang dilabelnya sebagai cukup penting ke atas Manchester United, awal pagi tadi, untuk mencerahkan peluang kelayakan ke Liga Juara-Juara (UCL).
Gol daripada Luke Thomas dan Caglar Soyuncu membolehkan The Foxes meraih tiga mata penting dalam pemburuan tempat empat teratas.
Kemenangan itu juga secara tidak langsung mengangkat pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, untuk ditabalkan juara.
Leicester kembali ke tangga ketiga dengan kemenangan itu dengan mengutip 66 mata selepas 36 perlawanan, mendahului Chelsea yang di kedudukan keempat dengan 64 mata selepas 35 perlawanan.
Peluang West Ham dan Liverpool yang masing-masing mengumpul 58 dan 57 mata selepas 35 dan 34 perlawanan pula semakin kabur berikutan kemenangan Leicester itu.
The Foxes dikecewakan untuk ke kancah UCL musim lalum justeru kemenangan janggal di Old Trafford memberi erti besar buat Rodgers.
"Ia kemenangan yang sangat penting buat kami," katanya.
"Cukup mustahak.
"Kami kini mengumpul 66 mata, iaitu mata yang sudah memadai untuk layak ke UCL musim lalu.
"Ini adalah satu langkah besar tetapi masih ada dua perlawanan yang harus dilalui dan beberapa pasukan masih menghambat kami, jadi kami masih ada tugas yang perlu dilakukan."
Leicester, yang akan berentap dengan Chelsea dalam final Piala FA tengah malam minggu ini, masih mempunyai dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk berkunjung ke kem The Blues selain melayani kunjungan Tottenham di tempat sendiri.
"Ini adalah peringkat musim ini di mana kami menagih setiap kemenangan, setiap mata sangat penting," katanya lagi.
"Ini adalah satu lagi kemenangan buat kami ketika menentang enam kelab teratas dan seperti yang anda lihat, ia akan menjadi sangat, sangat penting bagi kami dan di mana kami akan menamatkan kedudukan musim ini."
Sempena final Piala, Rodgers menambahkan: "Anda boleh melihat kualiti pasukan mereka tetapi kami akan bersedia. Kami akan menantikannya dan kami akan berjuang untuk menjadi pasukan pertama dalam sejarah Leicester City yang memenangi Piala FA."
Astro Arena
Wed May 12 2021
Caglar Soyuncu berjabat tangan dengan Brendan Rodgers selepas tamat perlawanan EPL antara Manchester United dan Leicester City di Old Trafford, Manchester, Britain, 11 Mei, 2021. REUTERS
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi kepercayaan yang sama seperti Erik ten Hag.
Piala FA Inggeris: Manchester United pilih skrip mendebarkan ke final
Conventry City mencetuskan cemas buat anak buah Erik ten Hag menerusi kebangkitan luar biasa bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Liverpool buat Man United kini berpaling sokong Man City - John Aldridge
Aldridge memberikan tamparan hebat buat penyokong Manchester United yang tampak gembira atas kekalahan Liverpool di tangan Crystal Palace.
EPL: Manchester United hanya mampu seri lagi
Manchester United jatuh ke tangga ketujuh liga sambil berkongsi mata dengan Newcastle United di tangga ke keenam.
Erik ten Hag alu-alukan penyerang berbisa baru di Man Utd
United mempunyai jumlah catatan gol terendah dalam kalangan 10 kelab teratas menerusi 45 jaringan.
Mayat ditemui di sekitar pusat latihan akademi Manchester United
Pusat latihan akademi Manchester United ditutup sementara waktu berikutan penemuan satu mayat manusia berhampiran tempat latihan itu.
EPL: Manchester United musnahkan harapan Liverpool untuk cabar gelaran juara liga
Mohamed Salah selamatkan maruah The Reds dengan keputusan seri 2-2 dalam lawatan mereka ke Stadium Old Trafford.
Pemain Akademi Manchester United nafi ada pertalian keluarga Malaysia
Pemain Akademi Manchester United Ethan Wheatley menafikan dakwaan mengatakan bahawa beliau mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Malaysia.