awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Leicester lonjak ke tangga ketiga

Astro Arena
Astro Arena
04/11/2019
02:19 MYT
Leicester lonjak ke tangga ketiga
Pemain Leicester City termasuk James Maddison, Youri Tielemans dan Ricardo Pereira bertepuk selepas pasukan mereka memenangi perlawanan EPL antara Crystal Palace dan Leicester City di Selhurst Park, London, Britain, 3 Nov, 2019. REUTERS
CRYSTAL PALACE 0 LEICESTER CITY 2
Leicester City melonjak kembali ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Crystal Palace 2-0 di Selhurst Park malam tadi.
The Foxes turun ke gelanggang itu dengan rekod 12 jaringan dalam dua perlawanan di tempat lawan terakhir dalam kesemua kejohananan, namun dua gol -- masing-masing satu daripada pertahanan, Caglar Soyuncu, dan penjaring terbanyak Liga Perdana, Jamie Vardy -- sudah cukup untuk memberikan mereka tiga mata.
Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, Soyuncu memberikan Leicester gol pendahuluan pada minit ke-57 selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan untuk menyumbat masuk bola daripada sepakan penjuru James Maddison.
Vardy kemudian mengesahkan kemenangan itu menerusi jaringannya pada dua minit terakhir -- golnya yang ke-10 dalam liga musim ini -- dengan menyudahkan gerakan sepasukan gemilang yang turut melibatkan Youri Tielemans dan Demarai Gray.
Topic Berkaitan
#Crystal Palace
#Jamie Vardy
#Leicester City
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan