awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
PMKS perlu bersedia adaptasi ESG atau berisiko terpinggir dalam rantaian bekalan global - Ewon
MALAYSIA
Undang-undang AI perlu disegerakan - Timbalan Menteri Digital
DUNIA
Mahkamah Jerman putuskan 'coklat Dubai' mesti berasal dari Dubai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Letshanaa tersingkir di suku akhir Terbuka AS

Bernama
Bernama
28/06/2025
08:57 MYT
Sponsor Banner
Letshanaa tersingkir di suku akhir Terbuka  AS
Dalam aksi yang berlangsung selama 33 minit, Letshanaa, 21, gagal menyaingi lawannya apabila tewas straight set 13-21, 16-21. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perjuangan perseorangan wanita negara K. Letshanaa dalam kejohanan badminton Terbuka Amerika Syarikat (AS) berakhir di peringkat suku akhir selepas tewas kepada wakil India Tanvi Sharma, awal pagi tadi (Jumaat).
Dalam aksi yang berlangsung selama 33 minit, Letshanaa, 21, gagal menyaingi lawannya apabila tewas straight set 13-21, 16-21, sekali gus menamatkan cabaran skuad negara dalam kejohanan bertaraf Super 300 itu.
Letshanaa sebelum ini mencuri tumpuan apabila cemerlang menumbangkan bekas juara dunia dari Jepun, Nozomi Okuhara di pusingan pertama, sebelum meneruskan rentak cemerlang dengan menundukkan seorang lagi pemain India, Aakarshi Kashyap pada pusingan kedua.
Bagaimanapun, harapan untuk mara ke separuh akhir buat kali pertama dalam kejohanan bertaraf antarabangsa itu tidak kesampaian selepas dikecewakan Tanvi, yang berada dalam prestasi terbaik.
Selepas ini, pemain kelahiran Selangor itu dijadualkan menyambung cabaran di Terbuka Kanada yang akan berlangsung di Markham, minggu depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#k letshanaa
#Terbuka AS
#badminto Malaysia
#keputusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami