KUALA LUMPUR: Liga e-Sukan Malaysia 2021 (MEL21) akan diadakan pada 10 Julai hingga 10 September yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM200,000.
Esports Integrated (ESI) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, MEL21 bertujuan menyediakan platform lebih luas membabitkan semua peringkat pemain termasuk amatur, semi-profesional dan profesional untuk bertanding dan mempamerkan bakat masing-masing.
Menurut ESI, liga itu akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Liga berkenaan berlangsung secara dua peringkat membabitkan peringkat negeri dan kebangsaan dengan mempertandingkan empat permainan popular dalam kalangan peminat e-sukan - PUBG, Mobile Legends, FIFA21 dan Dota 2.
Pemenang di peringkat negeri akan berentap dalam Liga Kebangsaan yang dijalankan dalam format round-robin, yang mana pasukan atau pemain dengan pungutan mata tertinggi akan memenangi hadiah wang tunai RM20,000 dan diisytihar sebagai Juara Kebangsaan.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam kenyataan berkata, penganjuran dan pelaksanaan MEL21 di bawah inisiatif ESI yang juga sebahagian daripada tumpuan strategik utama kementerian di bawah Pelan Pembangunan E-sukan Kebangsaan dan terkandung dalam Belanjawan 2021.
"Ia adalah untuk membangunkan satu ekosistem menarik, mampan dan inklusif untuk semua peminat e-sukan," katanya.
Pendaftaran untuk MEL21 telah dibuka. Maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan jadual kejohanan boleh diperolehi dengan melayari www.esukan.gg.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 04 2021
Berlangsung secara dua peringkat membabitkan peringkat negeri dan kebangsaan dengan mempertandingkan empat permainan popular dalam kalangan peminat e-sukan. - Liga E-sukan Malaysia 2021
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
MPLMY S13: Barracuda Esports buktikan zaman 'prime' RSG Malaysia sudah berakhir
Walaupun Barracuda Esports berjaya meraih kemenangan dalam Perlawanan 1 tetapi RSG Malaysia berjaya mencuri mata dalam Perlawanan 2.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
KazanForum 2024: Era sukan 'phygital' kini bermula di Rusia
Sukan phygital merujuk kepada konsep penggunaan teknologi untuk menghubungkan dunia digital dengan dunia fizikal.
ePiala Asia: Indonesia juara, tewaskan Jepun!
Pemain Indonesia yang dibarisi Elga Cahya Putra dan Akbar Paudie meneruskan aksi yang konsisten tanpa gentar walaupun diasak.
MAG Rebels juara Dota 2 MEC23/24
MAG Rebels bermula dengan baik apabila memenangi perlawanan pertama untuk mendahului 1-0.
Cabang kerjaya e-sukan dijangka terus meningkat
Penganjuran kejohanan e-sukan buka peluang kepada profesion lain seperti jurulatih, ahli psikologi, pakar nutrisi, marsyal serta pereka grafik.
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship dibuka hingga 5 Jan
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship 2023/2024 (MEC23/24) yang menawarkan hadiah terkumpul RM250,000 kini dibuka hingga 5 Jan depan.
Malaysia jadi tuan rumah Kejohanan Dunia MLBB M6 tahun depan
Malaysia akan menjadi tumpuan penggemar e-sukan sejagat tahun depan dengan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6.
KBS mahu lebih banyak e-sukan bertaraf dunia dianjur di Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan mahu lebih banyak lagi acara e-sukan bertaraf dunia seperti ESL One dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.
Hapus stigma berkuda, memanah sukan kayangan
Kewujudan sukan berkuda dan memanah di tengah-tengah kawasan perumahan memberi banyak manfaat kepada orang ramai untuk mendekatinya.