awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS

Bernama
Bernama
11/12/2024
13:45 MYT
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Onn Hafiz berkata beliau yakin dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan, segala usaha serta inisiatif yang telah dirancang dapat dilaksanakan. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi membincangkan isu kesesakan jalan raya dan penyuraian trafik Sistem Rapid Transit (RTS).
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata penubuhan pasukan petugas khas itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Bil 3/2024 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen hari ini.
Beliau berkata pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan menerusi mesyuarat tersebut dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang, yang menjadi isu kritikal mempengaruhi kesejahteraan rakyat.
Menurut beliau, kerajaan negeri turut membentangkan beberapa inisiatif utama yang telah dan akan dilaksanakan, termasuk pelaksanaan rangkaian infrastruktur pengangkutan dan penyuraian trafik di kawasan ‘Greater JB’ dengan mengenal pasti 77 kawasan kesesakan lalu lintas melibatkan empat pihak berkuasa tempatan.
"Pelaksanaan dan cadangan lokasi Park & Ride bagi rangkaian perkhidmatan bas, penambahan rangkaian laluan bas henti-henti serta memperluaskan rangkaian infrastruktur jalan raya di Johor terutamanya kawasan 'Greater JB' turut dibentangkan," katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Onn Hafiz berkata beliau yakin dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan, segala usaha serta inisiatif yang telah dirancang dapat dilaksanakan demi memastikan isu kesesakan dan keselamatan jalan raya sentiasa diberi keutamaan demi keselesaan pengguna khususnya rakyat Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sistem Rapid Transit
#kesesakan
#penyuraian trafik
#onn hafiz ghazi
#Johor
#Kementerian Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan