MOHAMED SALAH teruja prospek berdepan Real Madrid selepas mereka disahkan sebagai pencabar Liverpool dalam penentuan trofi Liga Juara-Juara (UCL).
Selepas kemenangan dramatik The Reds ke atas Villarreal untuk mara ke perlawanan akhir di Paris, 29 Mei depan, aura Madrid selaku raja Eropah diserlahkan apabila menjaringkan dua gol pada masa kecederaan dan gol ketiga pula diledak dalam masa tambahan untuk menyingkirkan Manchester City, semalam.
Pemain berusia 29 tahun itu memberi reaksinya di Twitter selepas kemenangan Madrid dengan mengesahkan bahawa dia dan Liverpool mempunyai hutang untuk dilunaskan.
Dia mendedahkan semua orang di Liverpool mahu menghadapi Los Blancos lebih daripada musuh ketat Liga Perdana Inggeris (EPL) itu di Stade de France kelak.
"Jika anda bertanya kepada semua orang (di Liverpool), semua orang mendambakan pertemuan ini," katanya kepada Sky Sports.
"Saya tidak tahu mengapa kami tidak dibenarkan bercakap mengenainya tetapi biar saya bercakap mengenainya -- saya mengharapkan pertemuan ini. Malah, saya sebenarnya memasang harapan mahu bertemu Real Madrid sebelum menentang Manchester City lagi.
"Sudah tentu, saya tidak perlu terlalu memuji mereka. Mereka adalah sebuah pasukan yang sukar dipercayai dengan pengurus dan pemain yang hebat.
"Apabila mereka bertanya kepada saya siapa yang saya mahukan, saya katakan Madrid. Ia adalah jawapan yang mudah."
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Fri May 06 2022

Salah mengesahkan bahawa dia dan Liverpool mempunyai hutang untuk dilunaskan. - Stadium Astro

280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air akibat banjir di Baling
Sebanyak 280,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah terjejas akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Banjir | Paras air meningkat di beberapa kawasan
Peralihan angin monsun membawa banjir di beberapa kawasan di seluruh dunia. Sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terlibat. Antara terkesan, Jepun, Australia dan Serbia. Kita ikuti rangkuman ini.

COVID-19 | Beijing wajibkan suntikan vaksin sebelum masuk tempat sesak
Bermula Isnin depan, China mewajibkan individu yang layak menerima vaksinasi COVID-19 untuk mendapatkan suntikan sebelum memasuki tempat sesak di Beijing. Republik itu adalah yang pertama memperkenalkan mandat itu berikutan berdepan dengan kes sporadik baharu.

Liverpool antara pasukan terbaik dunia - Fabio Carvalho
Liverpool mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk menandatangani pemain muda Portugal itu pada Mei lalu.

Nottingham Forest tandatangani Awoniyi dengan rekod termahal
Forest dilaporkan menebus klausa pelepasan bernilai 17.2 juta pound untuk mendapatkan Awoniyi daripada Union Berlin.

Sadio Mane tinggalkan Liverpool untuk Bayern Munich
Mane memberi gambaran mengenai keinginannya untuk meninggalkan Liverpool selepas pasukan itu tewas kepada Real Madrid.

Mohamed Salah 'tidak lakukan apa-apa' untuk Mesir, dakwa bekas jurulatih kebangsaan
Mohamed Salah tidak meraih sebarang kejayaan bersama Mesir dan bintang Liverpool itu mesti meningkatkan kualitinya apabila beraksi untuk pasukan kebangsaan.

Liverpool lengkapkan perpindahan Darwin Nunez daripada Benfica
Penyerang itu bersetuju untuk mengikat kontrak jangka panjang di Anfield.

Nunez kian hampiri Liverpool
Penyerang itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan dengan The Reds dengan syarat peribadi untuk kontrak enam tahun di Anfield.

AFCON: Mesir dedah Salah berdegil abai permintaan x-ray Liverpool
Salah beraksi sepanjang perlawanan kelayakan AFCON yang menyaksikan The Pharaohs menang menerusi gol lewat Mostafa Mohamed.

Liverpool cadang 'pancing' bintang Korea Heung-min jika Spurs gagal ke UCL
Jurgen Klopp dilaporkan telah mengenal pasti penyerang Spurs itu sebagai pengganti berpotensi untuk Sadio Mane atau Mohamed Salah.

Mane bakal tinggalkan Anfield untuk 'cabaran baru'
Menjelang perlawanan akhir di Paris, laporan mencadangkan Mane mungkin meninggalkan kelab itu untuk Bayern Munich.

Liga Juara-Juara: Bukan Liverpool tidak bagus tapi Real Madrid lebih cemerlang
Dengan skor akhir 1-0 menentang Liverpool, trofi juara UCL disahkan menjadi milik Real Madrid buat kali ke-14 dalam sejarahnya.