awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Malaysia 2025/26: FAM harap sifar kesilapan pengadilan

Bernama
Bernama
31/07/2025
00:00 MYT
Liga Malaysia 2025/26: FAM harap sifar kesilapan pengadilan
Sivasundaram (kiri) antara yang turut menyaksikan pertukaran dokumen pada Majlis Menandatangani Pembaharuan Perjanjian Penajaan sempena Pelancaran Jersi Pengadil 2025/2026 di Shah Alam semalam. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan harapan agar barisan pengadil mampu mencapai sifar kesilapan dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan, kata Timbalan Presiden FAM Datuk S Sivasundaram.
Sivasundaram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM berkata harapan tersebut bersandarkan kepada pencapaian cemerlang kadar ketepatan pengadilan sehingga 98 peratus yang dicapai pada musim lepas selepas pelaksanaan Sistem Bantuan Video (VAR).
"Kita boleh cakap sifar isu, tetapi kita harus ingat mereka ini juga manusia, semua akan ada masalah atau apa sahaja yang mungkin dibawa bersama dalam padang... jadi kita berharap yang terbaik," katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Pembaharuan Perjanjian Penajaan antara FAM dan Kronos serta pelancaran jersi pengadil Liga Malaysia 2025-2026, di sini semalam.
Sivasundaram berkata pihaknya menghargai sebarang pandangan dan kritikan pelbagai pihak dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengadilan bola sepak tempatan.
"Dulu saya pernah sebut daripada 208 perlawanan pada musim sebelum ini, kita dapat lima aduan dan daripada itu hanya dua yang disahkan sebagai kesilapan pengadil, manakala tiga lagi bukan... bagaimanapun saya hormat apa-apa pandangan dari semua pihak dan kita ada kelemahan yang kita harus perbaiki," katanya.
Sebelum ini, Sivasundaram dilaporkan berkata berdasarkan laporan lengkap daripada Penilai Pengadil (RA) pada musim lepas mencatatkan ketepatan keputusan pengadil meningkat kepada 98.07 peratus, berbanding 88.76 peratus pada musim 2023-2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Malaysia 2025 26
#FAM
#pengadil
#ketepatan keputusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan