awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Negara-Negara: Tewas kepada Itali, England tersingkir daripada Liga A

Astro Arena
Astro Arena
24/09/2022
01:45 MYT
Liga Negara-Negara: Tewas kepada Itali, England tersingkir daripada Liga A
Gareth Southgate meninggalkan padang selepas perlawanan Liga Negara-Negara UEFA antara Itali dan England di Stadium San Siro, Milan, Itali, 23 Sept 2022. (Foto AP)
THE Three Lions tersingkir daripada Liga A saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) susulan tewas kepada Itali di San Siro, awal pagi tadi.
Pengendali England, Gareth Southgate, berada di bawah tekanan selepas Three Lions tewas sekali lagi musim ini dalam saingan UNL.
Finalis Euro 2020 itu berada dalam kedudukan yang tidak diingini, tewas 1-0 kepada Itali dan melewati rentetan keputusan yang mengecewakan susulan mengalami kekalahan 4-0 kepada Hungary dalam aksi terdahulu.
Perlawanan yang kurang menyengat itu akhirnya menghasilkan detik menarik pada minit ke-68, Giacomo Raspadori tenang mengawal bola sebelum melepaskan rembatan mengatasi Nick Pope, yang mengisi kekosongan ditinggalkan Jordan Pickford ekoran kecederaan.
Jaringan tersebut ternyata menjadi pemisah sekaligus menentukan nasib England -- The Three Lions kini gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam lima perlawanan saingan tersebut.
Mereka bakal berdepan Jerman namun kemenangan tidak cukup untuk menyelamatkan mereka daripada penyingkiran.
Topic Berkaitan
#England
#Liga A
#Gareth Southgate
#Liga Negara-Negara UEFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan