awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Premier: Gol tunggal Abdul Latiff bantu Kelantan FC kukuhkan dominasi

Bernama
Bernama
05/08/2022
22:50 MYT
Liga Premier: Gol tunggal Abdul Latiff bantu Kelantan FC kukuhkan dominasi
Pemain Kelantan Abdul Latiff Suhaimi (kanan) berjaya menjaringkan gol pada perlawanan menentang pasukan FAM-MSN dalam aksi perlawanan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. -Bernama
KUALA LUMPUR: Kelantan FC terus mendominasi kedudukan teratas Liga Premier dengan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan selepas menewaskan Skuad Projek FAM-MSN 1-0 pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, pada Jumaat.
Kejayaan itu menyaksikan skuad bimbingan Rezal Zambery Yahya yang kali terakhir tewas pada April lepas di tangan Kuching City FC, kini selesa mendahului saingan merebut kejuaraan liga dengan mengumpul 32 mata selepas 13 perlawanan.
Turun dengan formasi 4-3-3 di hadapan penyokong sendiri, Kelantan melancarkan serangan dengan memberi amaran seawal minit ketujuh menerusi percubaan Muhaimin Izuddin Muhamad Asri yang menggegar palang gol.
Pasukan tuan rumah terus menguasai permainan dengan melancarkan siri serangan berbahaya, namun penjaga gol pelawat Al-Iman Wahiey Muhammad Amir bertindak cemerlang menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi sehingga tamat 45 minit pertama.
Bagaimanapun, kekebalan benteng pertahanan Skuad Projek FAM-MSN berjaya ditembusi Kelantan yang akhirnya mendapat gol yang dicari-cari menerusi pemain gantian Abdul Latiff Suhaimi pada minit ke-75 sekali gus menghadiahkan pasukan tiga mata berharga.
Sementara itu, Selangor 2 FC hanya mampu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang UiTM FC ketika bertandang ke Stadium UiTM Shah Alam.
Keputusan itu menyaksikan Selangor 2 dan UiTM masing-masing kekal di kedudukan ketujuh dan kelapan liga dengan mengumpul 13 dan 11 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Premier
#bola sepak
#Kelantan FC
#Abdul Latiff Suhaimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan