awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Pro Saudi: Dua penyudah Cristiano Ronaldo cetus kemenangan Al-Nassr

Astro Arena
Astro Arena
22/01/2025
03:30 MYT
Liga Pro Saudi: Dua penyudah Cristiano Ronaldo cetus kemenangan Al-Nassr
Cristiano Ronaldo. - Foto Astro ARENA
AL-KHALEEJ 1 AL-NASSR 3
Dua ledakan Cristiano Ronaldo dalam separuh masa kedua membantu kemenangan 3-1 Al-Nassr dalam pertemuan Liga Pro Saudi di Al-Khaleej, awal pagi tadi.
Namun, kemenangan kelima berturut-turut pendahulu, Al-Hilal, bermakna Al-Nassr masih ketinggalan 11 mata daripada puncak.
Pengurus Al-Nassr, Stefano Pioli, turun dengan berbekalkan satu kemenangan daripada empat perlawanan liga dan harapan mereka makin cerah apabila pemain tuan rumah, Saeed Al Hamsal, dibuang padang kerana bola terkena tangannya kerana menafikan jaringan pada minit ke-34.
Namun, Al-Nassr bergelut untuk memecahkan kebuntuan perlawanan sebelum sepakan voli Ronaldo terhasil pada minit ke-65, namun Kostas Fortounis pantas menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti berikutan bola terkena tangan Ali Lajami pula.
Bagaimanapun, Al-Nassr memulihkan kelebihan dalam tempoh hanya seminit melalui tampanan Sultan Al-Ghannam disusuli satu lagi penyudah Ronaldo dalam masa kecederaan untuk menjamin mereka mata penuh.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Al-Nassr
#Liga Pro Saudi
#Al-Khaleej
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan