awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Gustavo julang Negeri Sembilan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/08/2022
23:50 MYT
Liga Super: Gustavo julang Negeri Sembilan
Gustavo (kiri) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan Matheus Alves Leandron selepas menjaringkan gol pada perlawanan Liga Super antara Negeri Sembilan FC dan Petaling Jaya FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi. --fotoBERNAMA
NEGERI Sembilan FC terus menghimpit dua pasukan teratas Liga Super apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian K Devan kekal berada di tangga ketiga liga dengan merekodkan 32 mata - di belakang Johor Darul Ta'zim (38 mata) dan Sabah FC (34 mata).
Penyerang import dari Brazil, Gustavo Almeida dos Santos terus mempamerkan sentuhan berbisanya apabila meledak kedua-dua gol pasukan pelawat.
Gol pertama Negeri Sembilan berpunca hasil kesilapan kapten PJ City, Mohammad Raffi Nagoorgani yang menolak bola ke belakang sebelum berjaya dirampas Gustavo seawal minit ke-11.
PJ City cuba bangkit dan berpeluang menyamakan kedudukan, namun Darren Lok gagal membaca hantaran rakan sepasukannya pada minit ke-21 biarpun gawang Negeri Sembilan sudah terbuka luas.
Memasuki babak kedua, Negeri Sembilan terus mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua, juga hasil jaringan Gustavo pada minit ke-62.
Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga wisel penamat untuk memberikan keceriaan buat skuad Hobin Jang Hobin, sementara PJ City pula terus terperosok di dasar liga dengan kekalahan ketujuh. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Negeri Sembilan FC
#PJ City FC
#Gustavo Almeida dos Santos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan