awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: JDT berpesta gol tewaskan Penang FC 5-0

Bernama
Bernama
12/09/2024
16:22 MYT
Liga Super: JDT berpesta gol tewaskan Penang FC 5-0
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Bergson Gustavo Silveira Da Silva (kiri) diasak oleh pemain Penang Fc Nik Akif Syahiran Nik Mat (kanan) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim. - Foto BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan kecemerlangan apabila meratah Penang FC 5-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.
Kemenangan Harimau Selatan itu bermula seawal minit ketiga dengan rembatan dalam kotak Oscar Arribas hasil hantaran jauh Natxo Insa untuk menewaskan penjaga gol Sikh Izhan Sikh Azman.
Penyerang baharu JDT Jorge Obregon menggandakan jaringan pada minit 41 selepas menerima hantaran Arif Aiman Mohd Hanapi dan meletakkan pasukan itu di kedudukan selesa.
JDT berpeluang menambah jaringan pada minit kecederaan separuh masa pertama apabila dihadiahkan penalti menerusi pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR) oleh pengadil Razlan Joffri Ali apabila kapten pelawat Rafael Vitor mengasari Obregon, namun tendangan penalti yang diambil Arif Aiman tersasar melepasi palang.
Tidak menunggu lama, babak kedua menyaksikan Obregon sekali lagi menambah jaringan dalam kotak buat JDT selepas bijak mengambil peluang merembat masuk bola muntah yang cuba diselamatkan Sikh Izhan.
Gol keempat JDT hadir apabila pengadil Razlan menghadiahkan penalti selepas semakan VAR mendapati berlaku kekasaran oleh pemain Penang FC Richmond Ankrah terhadap Bergson Da Silva dan gol disempurnakan penyerang kelahiran Brazil itu pada minit ke 68.
Juara bertahan itu melengkapkan jaringan terakhir juga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Arif Aiman selepas semakan VAR mendapati pemain pertahanan Muhammad Adib Abdul Ra'op mengasak Muhammad Syahmi Safari pada minit keempat masa kecederaan.
Selain Obregon, pengendali Harimau Selatan Hector Bidoglio menguji pemain baharu Enzo Lombardo, Iker Undabarrena dan Eddy Israfilov yang membuat penampilan pertama dalam saingan Liga Malaysia.
Pengendali dari Argentina itu turut mengambil peluang merehatkan pemain utama seperti gandingan Heberty Fernandes, Afiq Fazail dan Jordi Amat.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#JDT
#Penang FC
#Liga Super
#pesta gol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan