awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: NSFC ikat Kedah 2-2

Bernama
Bernama
17/08/2024
22:30 MYT
Liga Super: NSFC ikat Kedah 2-2
Pasukan KDA FC seri 2-2 dengan Negeri Sembilan pada Perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi. --fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Penstrukturan semula barisan kejurulatihan pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) tempoh hari meniupkan semangat baharu apabila berjaya mengikat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman semalam.
Selepas tiga kekalahan berturut-turut, akhirnya skuad dibimbing oleh ketua kurulatih baharu K. Nanthakumar kembali bangkit untuk membawa pulang satu mata selepas enam kekalahan dan satu kemenangan dalam lapan perlawanan setakat ini.
Babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan pelawat terlebih dahulu di depan menerusi tandukan Jacque Faye selepas menerima hantaran sepakan sudut Takumi Sasaki pada masa kecederaan.
Bersambung babak kedua perlawanan, Kedah beraksi lebih agresif dan bertenaga dengan beberapa percubaan akhirnya membuahkan hasil apabila Sony Norde merembat deras jaringan selepas menggelecek beberapa pemain pertahanan pada minit ke-52.
Kedah kembali mendahului 2-1 apabila Jose Cleyton menanduk bola ke dalam gawang pada minit ke-61 namun NSFC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78 apabila Faye sekali lagi berjaya menghidu peluang dengan jaringan kedua pelawat menjadikan kedudukan 2-2.
Keputusan itu menyaksikan KDA FC di tangga kelapan (lapan mata) manakala NSFC di tangga ke-12 (empat mata) carta liga.
-- BERNAMA
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Negeri Sembilan FC
#Kedah Darul Aman FC
#K Nanthakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan