KUALA LUMPUR: PDRM FC gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri selepas diikat 1-1 oleh Kuching City FC pada aksi tunggal Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada malam Ahad.
Walaupun menguasai separuh masa pertama, namun 'The Cops' jelas buntu menembusi kubu pertahanan pelawat sebelum percubaan lambung penyerang dari Nigeria, Uche Agba memecah kebuntuan pada minit ke-45.
Jaringan tersebut langsung tidak mematahkan semangat Kuching City untuk kembali berada dalam permainan dan hasilnya penyerang kelahiran Liberia, Abu Kamara berjaya menyamakan kedudukan selepas menyambut hantaran silang pemain gantian, Zahrul Nizwan Joe Kifli pada minit ke-58.
Pelawat yang meningkatkan ancaman ke kubu PDRM FC hampir berada di depan namun aksi tangkas penjaga gol tuan rumah, Mohamad Ramdhan Ab Hamid, menafikan dua percubaan masing-masing oleh penyerang dari Timor Leste, Pedro Henrique, pada minit ke-59 disusuli tolakan Kamara pada minit ke-65.
Pasukan dari Sarawak itu sekali lagi nyaris pulang dengan tiga mata sebelum tandukan pemain tengah dari Jepun, Yuki Tanigawa, sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol PDRM FC pada minit ke-81.
Keputusan seri tersebut menyaksikan PDRM FC kekal di tangga kelapan dengan 28 mata.
Kuching City pula yang masih gagal menamatkan kemarau 21 perlawanan tanpa kemenangan memintas Kelantan FC dan naik satu anak tangga untuk berada di tempat ke-13 dengan lapan mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
Keputusan seri tersebut menyaksikan PDRM FC kekal di tangga kelapan dengan 28 mata. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Piala Malaysia: Negeri Sembilan bertemu Terengganu di suku akhir
Negeri Sembilan FC mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan menyingkirkan PDRM FC.
Piala Malaysia: Dua jaringan PDRM saat akhir kecewakan NSFC
PDRM FC memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 menentang Negeri Sembilan FC.
PDRM FC lancar portal rasmi, lantik Amir Masdi sebagai duta
Mohamad Hafiz berkata langkah itu bertujuan mengembangkan lagi jenama pasukan serta dapat menarik lebih ramai penyokong ke stadium.
Piala FA: MUFT mara ke suku akhir, kejutkan PDRM 3-0
MUFT membuka tirai jaringan seawal minit kelima apabila Rahman Shah Marajeh membuat rembatan jarak jauh dari luar kotak penalti.
Azzmi dilantik Ketua Jurulatih NSFC musim ini
Bekas Ketua Jurulatih Polis Diraja Malaysia FC (PDRM FC) Azzmi Ab Aziz dilantik sebagai Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC) baharu berkuat kuasa 15 Feb lepas.
Model sambilan lanjut kontrak setahun bersama PDRM
Kyaw, yang juga merupakan model sambilan, akan terus memperkasakan Sang Saka Biru bagi kempen Liga Malaysia musim 2024/25.
Piala Cabaran: PDRM bawa bekalan selesa ke Sarawak, menang 3-0 ke atas Kuching City
Skuad Sang Saka Biru menguasai sebahagian besar permainan pada separuh masa pertama, mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol.
Liga Super: Sri Pahang tewas 2-3 di laman sendiri
Sri Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri selepas tumpas 2-3 kepada PDRM FC pada saingan Liga Super 2023.
Liga Super: PDRM FC 'digari' Kuching City FC
PDRM FC gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri selepas diikat 1-1 oleh Kuching City FC pada aksi tunggal Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada malam Ahad.
Takhta Liga Super milik JDT kali ke-10 berturut-turut
JDT membuktikan keampuhan meskipun masih berbaki empat perlawanan, dengan mengumpul 64 mata selepas menewaskan skuad The Cops itu.