awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Perak FC temui semula rentak

Bernama
Bernama
05/05/2021
20:13 MYT
Liga Super: Perak FC temui semula rentak
Jaringan tunggal skuad Bos Gaurus diraih menerusi penyerang import dari Argentina, Sergio Aguero pada minit ke-26. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Pasukan Perak FC akhirnya menamatkan badi empat perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Super, apabila mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Jaringan tunggal skuad Bos Gaurus diraih menerusi penyerang import dari Argentina, Sergio Aguero pada minit ke-26.
Sejak mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas pasukan tercorot UiTM FC pada 7 April, Perak FC tewas 3-1 kepada Selangor FC, terikat 1-1 menentang Kedah Darul Aman FC dan kembali kalah tipis 1-0 kepada Melaka United dan 2-1 kepada Sabah FC.
Sementara itu, Selangor FC pula diikat 2-2 oleh pasukan kedua tercorot, Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Aksi yang tertangguh lebih kurang 15 minit kerana masalah lampu limpah stadium, menyaksikan skuad Tok Gajah mengejutkan pelawat menerusi jaringan pemain import baharunya, Manuel Hidalgo pada minit ke-48.
Selangor FC bagaimanapun bangkit mendahului menerusi jaringan pemain import Myanmar, Hein Htet Aung pada minit ke-76 dan pemain import dari Nigeria, Ifedayo Olusegun pada minit ke-87.
Sri Pahang kemudian berjaya menyamakan kedudukan menerusi Abdul Malik Mat Ariff pada masa kecederaan (90+4) untuk berkongsi satu mata.
Berbekalkan kelebihan beraksi di laman sendiri, Sabah FC membenam Melaka United 3-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto membuka jaringan seawal minit keenam menerusi bekas penyerang kebangsaan, Mohd Amri Yahyah yang menanduk masuk sepakan sudut, sebelum Mohd Azzizan Nordin mengandakan jaringan pada minit ke-17.
Mohd Amri, pemain berusia 40 tahun, terus menambah derita buat pasukan pelawat menerusi jaringan pada minit ke-47, namun skuad kendalian Zainal Abidin Hassan berjaya mengurang defisit menerusi Mohd Fakhrullah Rosli pada minit ke-65.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak FC
#Liga Super
#PJ City FC
#Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
#MBPJ
#menang
#menamatkan badi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan