awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Sabah FC hilang tiga tonggak menjelang aksi penting lawan JDT

Astro Arena
Astro Arena
14/10/2022
00:45 MYT
Liga Super: Sabah FC hilang tiga tonggak menjelang aksi penting lawan JDT
Ong (kiri) berkata, pasukan Sabah tidak bergantung kepada sebarang individu untuk menjaringkan gol kerana terdapat ramai pemainnya yang boleh berbuat demikian. - Foto Facebook Sabah Football Club
SABAH FC perlu mengharapkan keajaiban menjelang aksi terakhir Liga Super menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu ini.
Ia selepas ketua jurulatih pasukan itu, Datuk Ong Kim Swee, mengesahkan bahawa kelab berkenaan akan kehilangan tiga tonggak menjelang kunjungan itu.
Sabah kini menduduki tangga kedua Liga Super dengan 42 mata selepas 21 perlawanan tetapi mereka berisiko terlepas slot ke Piala AFC musim depan seandainya dipintas oleh Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC, yang kedua-duanya hanya ketinggalan satu mata, masing-masing di tangga ketiga dan keempat.
Mengulas mengenai keadaan itu, Kim Swee berkata kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam: "Kami kehilangan Park (Tae-soo) selepas dia menerima kad kuning ketika menentang Sri Pahang selain Jackson (de Souza) dan (Jose) Embalo yang masih cedera.
"Tetapi pemain lain berada dalam keadaan yang cukup baik dan sudah pasti pemain yang akan diturunkan -- seperti mana yang kami lakukan sebelum ini - saya percaya mereka mampu menggalas tugas dengan baik.
"Kalau kita lihat pasukan Sabah, kami tidak bergantung kepada sebarang individu untuk menjaringkan gol.
"Kalau kita lihat senarai penjaring kami, ramai pemain boleh menjaringkan gol tetapi kehilangan Park sudah pasti akan menyebabkan bahagian tengah dan pertahanan mungkin kehilangan seseorang yang cukup berpengalaman.
"Dengan itu, saya perlu memastikan sesiap sahaja yang menggantikan Park dapat bermain seperti yang kami inginkan," katanya.
Topic Berkaitan
#Sabah FC
#Ong Kim Swee
#JDT
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan