awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lin Dan pintas Chong Wei, lonjak ranking kedua dunia

Astro Arena
Astro Arena
19/03/2016
12:40 MYT
Lin Dan pintas Chong Wei, lonjak ranking kedua dunia
Lin Dan (gambar) memintas Chong Wei selaku juara perseorangan lelaki Seluruh England dengan perbezaan lebih 2,000 mata. - Gambar fail
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dipintas musuh ketat dari China, Lin Dan untuk menghuni ranking ketiga dunia susulan penyingkiran pusingan pertama Kejohanan Badminton Siri Super Premier Seluruh England, minggu lalu.
Buat kali pertama sejak bebas daripada penggantungan kes doping, Chong Wei mengalami kemerosotan ranking dunia.
Chong Wei dipintas Lin Dan selaku juara perseorangan lelaki Seluruh England dengan perbezaan lebih 2,000 mata.
Ia menjejaskan rentak cemerlang pemain berusia 34 tahun itu selepas bermula di ranking ke-180 pada Jun tahun lalu hingga berjaya mendaki ranking ke-2 dunia.
Chong Wei enggan mengulas mengenai kemerosotan ranking itu dan kekal dengan pendirian tidak menyertai Terbuka New Zealand, bermula Isnin demi menghadapi Siri Super Terbuka India, hujung bulan ini.
Pada Terbuka New Zealand, perseorangan lelaki negara akan diketuai Goh Soon Huat yang belum mencapai rentak terbaik musim ini.
"Saya harap saya akan buat yang terbaik di New Zealand. Bagi saya, jika Chong Wei tidak mengambil bahagian maka tekanan lebih berat pada saya.
"Bagaimanapun, saya samapi ke suku akhir tahun lepas, jadi saya mahu layak ke separuh akhir ataupun final kali in,” kata Soon Huat.
Selain Soon Huat, perseorangan lelaki negara akan turut diwakili seorang lagi pemain muda, Soo Teck Zhi.
Topic Berkaitan
#all england
#badminton
#Lee Chong Wei
#Lin Dan
#ranking badminton
#Super Premier
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan