Skip to main content

Sukan

Lionel Messi lakar hatrik jumpa Newell's Old Boys

41687732593_LionelMessi.jpg
LIONEL Messi mencetak jaringan hatrik dalam separuh masa pertama dalam penampilan khas sebagai penghormatan kepada rakan sepasukannya di kem Argentina, Maxi Rodriguez.

Messi kembali beraksi di kampung halamannya sempena persaraan Rodriguez, 42, termasuk Angel Di Maria dan Martin Demichelis.

Bintang Inter Miami itu dengan segera mencipta impak ketika bertemu kelab zaman kanak-kanaknya, Newell's Old Boys, dalam satu perlawanan persahabatan di stadium Marcelo Bielsa, pagi Sabtu.

Jaringan pertamanya itu hadir menerusi sepakan percuma pada minit ke-4 sambil disaksikan 42,000 penyokong dan lebih manis, laungan selamat hari jadi bergema sempena hari lahirnya yang ke-36. 




Advertisement

Must Watch Video