LOS ANGELES: Superstar bola sepak dunia, Lionel Messi mengumumkan keputusannya menyertai kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami selepas tidak lagi bersama kelab Paris St-Germain (PSG).
Keputusan itu sekali gus mengesahkan beliau menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi
"Saya telah membuat keputusan untuk pergi ke Miami. Saya memutuskan untuk meninggalkan Eropah," kata pemain yang telah meraih gelaran pemain terbaik dunia sebanyak tujuh kali dalam wawancara terbitan media Sepanyol, SPORT dan Mundo Deportivo.
Legenda Argentina yang berusia 35 tahun itu, dilaporkan mendapat tawaran yang lebih menguntungkan berbanding daripada kelab Arab Saudi, Al-Hilal serta kembali semula ke Barcelona, namun terikat dengan peraturan kewangan.
"Ada benarnya saya mendapat tawaran dari pasukan lain di Eropah tetapi saya tidak memikirkannya kerana di Eropah, idea saya hanya untuk pergi ke Barcelona.
"Selepas memenangi Piala Dunia dan tidak dapat pergi ke Barca, sudah tiba masanya untuk pergi ke MLS untuk hidup dengan cara yang berbeza dan menikmati kehidupan harian saya dengan lebih tenang.
"Tentu saja, dengan tanggungjawab dan keinginan yang sama untuk menang dan melakukan perkara dengan baik, tetapi dengan lebih tenang," kata Messi.
Pengumuman mega ini dibuat beberapa bulan selepas Messi merangkul Bola Emas di Piala Dunia di Doha iaitu anugerah yang diberikan kepada pemain terbaik dalam kejohanan itu.
Messi juga sebelum ini didakwa menerima tawaran yang menguntungkan dari Timur Tengah selain laporan akan kembali ke Barcelona.
Sebaliknya, Messi telah memilih jalan lain seperti pemain-pemain superstar lain yang berpindah ke MLS.
CNN melaporkan, penyertaan Messi ke Inter Miami milik pemain bola sepak tersohor dunia, David Beckham tidak begitu mengejutkan.
Menurut CNN, Beckham merupakan peminat Messi dan pada tahun 2019, dia memberikan bayangan: "Anda tidak pernah tahu apa yang boleh berlaku dalam bola sepak," ketika ditanya tentang kemungkinan menandatangani pemain Argentina itu suatu hari nanti.
Pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pemilik Inter Miami berkongsi foto samar-samar sehelai jersi bernombor 10 dengan nama belakang sebahagian terdedah - hanya menunjukkan dua huruf terakhir, "SI".
Dalam perkembangan sama, MLS berkata, perjanjian dengan Messi masih belum muktamad, namun, menyambut baik peluang Messi bermain di liga tersebut.
"Kami gembira Lionel Messi menyatakan niatnya untuk menyertai Inter Miami dan Major League Soccer musim panas ini," kata liga itu dalam kenyataan yang dikeluarkan.
"Walaupun masih terdapat kerja untuk menyelesaikan perjanjian rasmi, kami berharap untuk menyambut salah satu pemain bola sepak terhebat sepanjang masa ke Liga kami."
CNN juga melaporkan telah menghubungi Inter Miami, wakil Messi dan David Beckham - yang merupakan sebahagian daripada pasukan pemilik Inter Miami.
Sejak beberapa hari lalu kedengaran spekulasi mengenai pergerakan seterusnya Messi sejak beliau mengumumkan keputusannya meninggalkan pasukan Perancis, PSG dengan perlawanan terakhirnya bersama kelab itu pada Ahad lalu. - Agensi
Agensi
Wed Jun 07 2023

Lionel Messi mengumumkan keputusannya menyertai kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami selepas tidak lagi bersama kelab Paris St-Germain (PSG). - Gambar fail REUTERS

Kerajaan Persekutuan dicadang wujud semula Lembaga Padi dan Beras - Akmal
Kerajaan diharap dapat mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara bagi membendung masalah ketirisan dan mengekang aktiviti kartel beras.

Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal pada 4-5 peratus tahun ini - Ahmad Maslan
Kementerian Kewangan belum membuat perubahan dalam jangkaan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini.
Wujud semula Lembaga Padi dan Beras Negara, hapus
Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) mesti diwujudkan bagi mengekang kegiatan kartel beras yang didakwa menjadi pengkhianat sehingga berlaku kekurangan beras tempatan ketika ini.

JKPD, PRS dan Mentor Kepulihan kelompok penting bantu pemulihan dadah
Peranan institusi keluarga sebagai tempat rujukan pertama klien dalam kepulihan perlu diberi perhatian semua pihak.
MINDEF perkemas pendekatan G2G
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.
Dilantik sebagai menteri? Itu prerogatif PM
Adly yang juga Naib Presiden Amanah menegaskan, Amanah mempunyai banyak bakat yang boleh diketengahkan sebagai calon menteri.
MINDEF sedia beri kerjasama kepada PAC
PAC dijangka memanggil pegawai kanan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan bekas menteri dan menteri semasa bagi mendapatkan perkembangan kemajuan projek LCS, hari ini.

Jerebu: Golongan berisiko dinasihat ambil langkah pencegahan
Mereka juga disarankan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala sesak nafas, mengalami jangkitan selaput mata (konjunktivitis) atau serangan asma.

Tamatkan monopoli untuk tingkatkan keterjaminan bekalan beras - IDEAS
IDEAS menyeru untuk pendekatan berperingkat dalam pelaksanaan reformasi yang dilaksanakan dengan baik menjelang tahun 2031 bagi memudahkan peralihan ke pasaran terbuka dan penyahkawalseliaan import.

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Zii Jia, Jin Wei lolos mudah ke pusingan 16
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei, melangkah ke pusingan 16 Sukan Asia Hangzhou dalam acara perseorangan lelaki dan wanita sebentar tadi.

Messi belum pasti beraksi Piala Dunia 2026
"Saya tidak tahu sama ada saya akan sampai ke sana. Saya belum memikirkannya lagi kerana ia masih jauh."

Lamine Yamal berpotensi ikut jejak langkah Messi bersama Barcelona
Lamine Yamal mula menempah nama di Barcelona dan bekas pemain tengah Sepanyol, Marcos Senna percaya remaja itu mampu mencontohi Lionel Messi.

Kelayakan Piala Dunia: Messi dijangka terlepas aksi menentang Bolivia
Pemain itu digantikan lewat dalam kemenangan 1-0 Argentina ke atas Ecuador pada Khamis dan jalani pemeriksaan berjaga-jaga pada awal Jumaat.

Messi, Haaland rebut Ballon d'Or, Ronaldo tersisih
Kylian Mbappe dan Kevin De Bruyne turut dinamakan antara 30 calon untuk trofi tersebut yang akan diumumkan di Paris pada 30 Oktober.

MLS: Inter Miami perlukan biasakan diri menang tanpa Lionel Messi - Martino
Pengurus Inter Miami, Tata Martino, menganggap percaturannya berbaloi sekalipun barisan kendaliannya terpaksa berhempas-pulas untuk menundukkan NY Red Bulls.

Messi, Haaland rebut gelaran pemain terbaik Eropah
Dua bintang Manchester City, Kevin De Bruyne dan Erling Haaland antara tiga finalis yang dicalonkan untuk anugerah Pemain Lelaki terbaik UEFA bersama Lionel Messi.

Messi bawa Inter Miami ke final
Messi meneruskan rentak luar biasa bersama Inter Miami apabila membantu pasukan itu melangkah ke final Piala Liga menewaskan Philadelphia Union 4-1 pada Rabu.

'Followers' Cristiano Ronaldo cecah 600 juta... Siapa lagi individu dengan pengikut terbanyak?
Ronaldo juga merupakan lelaki, ahli sukan dan orang Eropah yang mempunyai pengikut melangkaui angka 600 juta.

Ronaldo individu terkaya di Instagram
Ronaldo memperoleh dolar AS$3.23 juta (RM14.7 juta) untuk setiap hantaran di laman Instagramnya.

Messi kapten baharu Inter Miami
Messi memakai lilitan kapten pada penampilan sulungnya dalam perlawanan Piala Liga menentang kelab Mexico, Cruz Azul.