awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liverpool batal hasrat guna duit kerajaan UK

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2020
03:00 MYT
Liverpool batal hasrat guna duit kerajaan UK
Liverpool akan tetap membayar gaji kakitangan bukan pemain disebalik krisis Covid-19 yang serius di negara itu. - Gambar fail.
LIVERPOOL membatalkan hasrat kelab itu untuk memberi cuti sementara kepada kakitangan bukan pemain dan memohon maaf kepada penyokong kelab itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, Liverpool mengaku tersalah langkah.
“Kami percaya bahawa kami mencapai keputusan yang salah minggu lalu dan kami memohon maaf,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Liverpool, Peter Moore dalam satu kenyataan.
Moore menambah mereka akan berusaha mencari sumber lain untuk membayar gaji pekerja yang tidak bermain.
Keputusan untuk meletakkan staf bukan pemain di bawah skim pengekalan pekerjaan di UK yang melibatkan wang pembayar cukai negara itu mencetuskan rasa tidak puas hati penyokong dan bekas pemain terhadap kelab itu.
Pembatalan tersebut dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan pemilik kelab itu, Fenway Sports Group, eksekutif-eksekutif kelab dan pemegang taruh kelab itu, selepas menerima kritikan yang hebat daripada pelbagai pihak.
Selepas pengumuman itu, pelbagai pihak mengecam keputusan Liverpool termasuk bekas pemain Jamie Carragher dan Stan Collymore.
Mereka mempersoalkan kenapa Liverpool perlu menggunakan wang pembayar cukai untuk membayar gaji semua staf mereka, sedangkan kelab itu lebih daripada mampu untuk melakukannya di sebalik krisis pandemik COVID-19 yang menyebabkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tertangguh.
Pada Februari, Liverpool mengumumkan keuntungan selepas cukai sebanyak £42 juta (RM300 juta) dan perolehan sebanyak £533 juta (kira-kira RM2.85 bilion), selain membayar sebanyak £43 juta (RM299 juta) kepada ejen bola sepak.
Skim kerajaan UK itu adalah menjamin 80 peratus gaji bagi kakitangan sehingga maksimum £2,500 (kira-kira RM15,000) sebulan, manakala baki 20 peratus gaji akan dibiayai majikan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#EPL
#Fenway Sports Group
#jamie carragher
#koronavirus
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Peter Moore
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan