awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liverpool mara pusingan kalah mati Liga Juara-Juara

Sinar Harian
Sinar Harian
22/01/2025
00:50 MYT
Liverpool mara pusingan kalah mati Liga Juara-Juara
Mohamed Salah meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama ketika perlawanan fasa pembukaan UCL antara Liverpool dan Lille di Stadium Anfield, Liverpool, England, 21 Jan 2025. (AP)
LIVERPOOL menempah tempat slot ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara selepas mengatasi Lille, 2-1 yang beraksi 10 pemain di Stadium Anfield pada Rabu.
Jaringan pemain sensasi The Reds, Mohamed Salah (m-34) dan pemain gantian Harvey Elliott (m-64) memadamkan gol Jonathan David (m-62) yang sebelum itu kehilangan Aïssa Mandi selepas menerima kad kuning kedua minit ke-59.
Tiga mata itu membolehkan anak buah Arne Slot mengekalkan rekod tanpa kalah untuk berada di puncak senarai 36 pasukan dengan 21 mata, tiga mata di depan Barcelona di tangga kedua dengan baki satu perlawanan fasa liga.
Perlawanan itu juga menyaksikan Salah menjaringkan gol Eropah ke-50 untuk Liverpool selepas menyudahkan hantaran Curtis Jones bagi menewaskan penjaga gol Lucas Chevalier.
"Istimewa, perkataan menggambarkan prestasi Mo di kelab ini.
"Atau mungkin ada perkataan yang lebih baik untuk digunakan, tetapi dia telah cemerlang untuk kelab ini selama bertahun-tahun, dan masih melakukannya. Hari ini dia sekali lagi menjaringkan gol yang hebat," kata Slot.
Sebagai rekod, Liverpool akan bertandang ke PSV Eindhoven untuk perlawanan terakhir fasa liga pada 30 Januari, manakala Lille melayan Feyenoord Rotterdam. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Mohamed Salah
#Liga Juara-Juara
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan