DIOGO Jota dan Sadio Mane menjaringkan gol dalam kedua-dua separuh masa untuk melengkapkan kemenangan 2-0 buat Liverpool ke atas Burnley di Anfield.

The Reds diberikan lonjakkan menjelang pertembungan sebentar tadi, Jordan Henderson kembali beraksi buat pertama kali dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Februari dan Andy Robertson tersenarai di bangku simpanan selepas mengalami kecederaan buku lali.

Pengganti Robertson, Konstantinos Tsimikas, yang membuat hantaran silangan bagi jaringan pembukaan, mencari Jota sebelum penyerang itu menanduk masuk gol kedua bagi musim ini.

Kedua-dua pasukan dinafikan jaringan ekoran berada dalam kedudukan ofsaid, Mohamed Salah dan Ashley Barnes tidak bernasib baik, sebelum Sadio Mane menyempurnakan hantaran Trent Alexander-Arnold bagi melengkapkan kemenangan.