awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liverpool rekodkan kemenangan EPL ke-300 di Anfield

Astro Arena
Astro Arena
03/03/2018
23:47 MYT
Liverpool rekodkan kemenangan EPL ke-300 di Anfield
Mohamed Salah (bawah) beraksi dengan pemain Newcastle United, Jamaal Lascelles dalam perlawanan EPL antara Liverpool dan Newcastle United di Anfield, Britain, 3 Mac, 2018. Action Images via REUTERS
LIVERPOOL 2 NEWCASTLE UNITED 0
Liverpool menyertai kelab-kelab elit selepas merekodkan kemenangan ke-300 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri selepas menewaskan Newcastle 2-0.
The Reds menjadi kelab keempat untuk mencapai rekod ini apabila meraih kemenangan ke atas skuad kendalian Rafa Benitez.
Jaringan Mohamed Salah yang ke-32 untuk musim ini dalam semua kejohanan menyaksikan Liverpool dalam landasan terbaik sebelum Sadio Mane memastikan kemenangan mereka di Anfield.
Kemenangan menyaksikan Liverpool mendaki ke tangga kedua EPL sekaligus memberikan tekanan kepada Manchester United yang bakal berdepan Crystal Palace, pada Isnin.
Untuk rekod, United kini telah meraih kemenangan di laman sendiri sebanyak 359 di Old Trafford, manakala Arsenal di tempat kedua dengan 318.
Penyandang juara EPL Chelsea juga merekodkan 311 kemenangan manakala pencabar terdekat Liverpool, Tottenham kini dengan 261 kemenangan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Manchester United
#Mohamed Salah
#Newcastle United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan