awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liverpool tersungkur kepada West Brom dalam saingan Piala FA

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2018
21:23 MYT
Liverpool tersungkur kepada West Brom dalam saingan Piala FA
Liverpool tersungkur dalam saingan Piala FA Inggeris kepada West Brom dalam perlawanan pagi ini. - Gambar REUTERS
Selepas dikejutkan pasukan tercorot Swansea City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool tersungkur dalam saingan Piala FA Inggeris kepada West Brom 3-2 awal pagi ini.
Walaupun mendominasi permainan, Liverpool gagal untuk menjaringkan gol selepas West Brom menyumbat tiga gol pada separuh masa pertama.
Liverpool bermula garang apabila Roberto Firminho menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-5.
Namun, dua minit kemudian penyerang West Brom, Jay Rodriguez menyamakan kedudukan sebelum meletakkan The Baggies di depan pada minit ke-11.
Laluan Liverpool semakin sukar apabila pemain pertahanan Liverpool, Joel Matip menjaringkan gol sendiri pada akhir separuh masa pertama.
The Reds cuba untuk menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua tetapi hanya mampu menjaringkan satu gol melalui Mohamed Salah pada minit ke-78.
Ini merupakan kekalahan pertama Liverpool di Anfield sejak 23 April tahun lepas.
Topic Berkaitan
#Firminho
#kalah
#Liverpool
#Piala FA
#salah
#Swansea
#West Brom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan