Pelumba pecut negara, Anuar Manan mengintai satu kemenangan podium dan jersi hijau selaku Raja Pecut pada edisi ke-23 perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 yang bermula secara rasmi di Kangar, Perlis pada Ahad ini.
Pelumba elit kebangsaan itu yang mewakili pasukan Forca Amskins Racing (FAR) yakin sasaran tersebut mampu dicapai walaupun pasukan berkenaan hanya sempat menjalani latihan singkat di Sik, Kedah, baru-baru ini.
"Saya lihat banyak perkembangan positif menerusi latihan singkat tersebut dan kami bersedia memberikan persembahan yang terbaik pada LTdL nanti.
"Sasaran saya hendak menang satu kedudukan podium dan saya akan cuba beri yang terbaik dalam perebutan Raja Pecut," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Anuar yakin sasaran lima kelompok pasukan terbaik keseluruhan ditetapkan pengurusan pasukan mampu dicapai walaupun sedar mereka dijangka menerima saingan sengit daripada beberapa pasukan baharu berstatus profesional benua yang menyertai LTdL kali ini.
FAR yang dibimbing bekas pelumba profesional dari Ireland, David McCann, berjaya mendapatkan khidmat Raja Bukit (jersi merah) LTdL 2017, John Kronborg Ebsen dari Denmark dan Alvaro Duarte (Columbia).
Mereka turut diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pelumba kebangsaan termasuk Amir Mustafa Rusli, Mohammad Saufi Mat Senan, Nik Mohd Azwan Zulkifli, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri selain dua pelumba muda - Wan Abdul Rahman Hamdan dan Mohd Hafidz Abdul Hamid.
"Saya sudah tahu mengenai saingan LTdL kerana sentiasa menyertai perlumbaan ini setiap tahun dan cuba membimbing beberapa pelumba muda dalam pasukan ini.
"Kami akan lihat dahulu saingan peringkat pertama sebelum menukar strategi pada perlumbaan seterusnya," jelas pelumba kelahiran Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu itu.
Mengulas mengenai kehadiran beberapa pasukan baharu tempatan dalam saingan LTdL kali ini, anak jati Kuala Ibai, Kuala Terengganu mengakui persaingan antara mereka merupakan satu perkembangan positif dalam perlumbaan berbasikal terulung Asia itu yang diadakan sejak 1996.
Sejumlah 132 pelumba mewakili 22 pasukan berstatus Jelajah Profesional Dunia, profesional benua, benua dan pasukan kebangsaan bakal memberikan saingan sengit pada edisi kali ini yang akan meliputi jarak keseluruhan perlumbaan 1,341km, membabitkan lapan negeri di Semenanjung Malaysia.
LTdL 2018 akan bermula dari Kangar ke Kulim dengan jarak 147.9km; diikuti laluan Gerik- Kota Bharu (208.3km); Kota Bharu-Kuala Terengganu (166.0km); Dungun-Pekan (177.6km); Bentong-Cameron Highlands sejauh 169.4km dengan pendakian berstatus Hors di Tanah Rata; Tapah-Tanjung Malim (108.5km); Nilai-Muar (222.4km) dan tamat di Dataran Merdeka menerusi laluan Rembau-Kuala Lumpur (141.1km).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 16 2018
ANUAR Manan yakin dapat membantu pasukannya capai sasaran lima kelompok pasukan terbaik keseluruhan seperti yang ditetapkan pengurusan pasukan. - Foto Instagram/anuarmanan86
KLIA di ranking pertama prestasi global bagi kualiti perkhidmatan
KLIA berada di kedudukan pertama daripada 355 lapangan terbang yang disenaraikan dalam ranking Prestasi Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) Global.
AI perlu diguna lebih meluas dalam pembangunan bandar raya - Fadillah
Teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu digunakan dengan lebih meluas dalam pengurusan bandar raya.
Pasangan Singapura diburu selama 19 tahun ditahan SPRM
Sepasang suami isteri dari Singapura yang dikehendaki berkaitan kes rasuah di negara itu dan menjadi pelarian selama 19 tahun ditahan SPRM.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Calon SPM maut dalam perjalanan duduki ujian bertutur
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.
Penduduk terkejut air banjir bertukar seperti darah
Seorang penduduk Kampung Telaga Bata di sini terkejut apabila banjir di kediamannya berwarna merah seperti 'darah', Ahad lepas.
Ibu Zarina Zainuddin meninggal dunia
Berita duka itu dikongsi Zarina di Instagram (IG) yang memaklumkan ibu tersayang menghembuskan nafas terakhir selepas waktu Subuh tadi.
Mahkamah Rayuan benarkan Najib hadir pendengaran adendum esok
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri prosiding pendengaran rayuannya yang dijadualkan petang esok berhubung kewujudan titah adendum.
Isu penipuan dalam talian: Platform media sosial perlu bertanggungjawab - Teo
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching memberitahu Parlimen, dalam tempoh 13 hari, terdapat 274 iklan di Facebook yang menyamar sebagai Jabatan Peguam Negara menggunakan AI.
Justeru Kerajaan mahu platform media sosial bertanggungjawab sekiranya penipuaan dalam talian berlaku memandangkan 'scammer' membayar platform tersebut.
Justeru Kerajaan mahu platform media sosial bertanggungjawab sekiranya penipuaan dalam talian berlaku memandangkan 'scammer' membayar platform tersebut.
1,125 kandungan lucah diturunkan MCMC setakat 1 Disember - Teo
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching memberitahu Parlimen, Kerajaan mendapati kandungan lucah diturunkan MCMC pada tahun 2022, sebanyak 186 meningkat kepada 1,125 setakat 1 Disember 2024.
Jelas Teo, kandungan berkaitan seksual kanak-kanak telah meningkat dari 34 pada tahun 2022 kepada 800 pada 2024.
Jelas Teo, kandungan berkaitan seksual kanak-kanak telah meningkat dari 34 pada tahun 2022 kepada 800 pada 2024.
LTdL 2018: Anuar sasar menang podium, jersi hijau
Pelumba pecut negara, Anuar Manan mengintai satu kemenangan podium dan jersi hijau selaku Raja Pecut pada edisi ke-23 perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018.
Anuar terkilan tiada wakil lebuh raya di Rio
Pelumba berbasikal lebuh raya negara, Anuar Manan, tidak berselindung di sebalik rasa terkilan tidak ada wakil skuad itu di Olimpik Rio 2016.
Dua pakar pecut tidak disenarai ke Sukan SEA Myanmar
Dua pakar pecut negara, Anuar Manan dan Mohd Harrif Salleh serta pelumba senior Suhardi Hassan tidak disenaraikan dalam skuad berbasikal lebuh raya negara untuk temasya Sukan SEA 2013 Myanmar.
Edisi ke-18 LTDL catat sejarah tersendiri
Aksi perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 yang menutup tirainya semalam mencatatkan sejarah tersendiri kepada sukan berbasikal lebuh raya negara.
Anuar bergantung kepada strategi pasukan di LTdL
Pelumba pecut negara, Anuar Manan akan terus berusaha untuk mencapai kemenangan dalam baki empat peringkat perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini.