LANGKAWI: Pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff perlu lebih berwaspada bagi mengelakkan risiko terlepas status penyandang gelaran Raja Bukit (Jersi Merah) menjelang peringkat kemuncak Le Tour de Langkawi (LTdL) hari ini.
Muhammad Nur Aiman, kekal menyarung tersebut bermula di peringkat kedua dari Kuala Klawang ke Raub, berkata perubahan laluan peringkat ketujuh semalam memberikan kelebihan buatnya untuk terus mengekalkan penguasaan jersi tersebut.
Laluan asal peringkat ketujuh sepatutnya membabitkan Kuah ke puncak Gunung Raya telah ditukar kepada mengelilingi Pekan Kuah berikutan keadaan cuaca selain banjir dan tanah runtuh berlaku di laluan asal pada Ahad.
"Satu kelegaan juga untuk saya apabila laluan Gunung Raya diubah, dan masih ada peluang untuk mengekalkan jersi ini (merah) dan mungkin menang, jadi saya cuma perlu berwaspada dengan kutipan mata saya," katanya kepada pemberita.
Muhammad Nur Aiman ketika ini terikat 29 mata dengan rakan sepasukan, Jambaljamts Sainbayar, dan diekori rapat pelumba Movistar Team, Ivan Ramiro Sosa Cuervo yang mengumpul 25 mata dalam perebutan gelaran Raja Bukit itu.
"Sainbayar kini fokus dengan jersi putih (Terbaik Asia), begitu juga dengan Sosa (Pendahulu Keseluruhan), jadi ancaman saya adalah pelumba dari United Kingdom dan Australia (Hugh Carthy dan Carter Bettles) kerana jurang mata mereka dengan saya juga tidak begitu jauh," katanya.
Jelas pelumba berusia 25 tahun itu, beliau juga menjangkakan perlumbaan akan lebih mencabar menjelang perlumbaan terakhir LTdL membabitkan laluan sama digunakan pada peringkat ketujuh semalam.
"Saya jangkakan perlumbaan akan lebih mencabar, tambahan mereka merupakan pelumba yang agresif, saya perlu berjaga-jaga dan sentiasa mengekori rapat mereka untuk mereka tidak memintas mata saya dalam perebutan jersi merah," katanya.
Perlumbaan terakhir hari ini membabitkan jarak sejauh 115.9 kilometer (km) yang menyediakan tiga zon pecutan dan tiga zon pendakian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022
Dari kiri, Nur Aiman, Sosa, pelumba dari pasukan Uno- X Pro Cycling Team Erlend Blikra dan Sainbayar, Langkawi, 17 Okt 2022. --fotoBERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.
Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.
KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.
LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan
Mohd Harrif terpaksa akur dengan ketetapan itu selepas menjadi antara 18 pelumba tidak menamatkan perlumbaan dalam had masa ditetapkan.
LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
Tiga pasukan pro rombak barisan pelumba hadapi LTdL 2024
Kern Pharma yang berpengkalan di Sepanyol melakukan enam pertukaran pelumba dengan mempertaruh Miguel Angel Fernandez sebagai pelumba pecut utama.