awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTdL 2025: Pematuhan penuh SOP demi keselamatan pelumba - Penganjur

Bernama
Bernama
21/09/2025
21:00 MYT
LTdL 2025: Pematuhan penuh SOP demi keselamatan pelumba - Penganjur
Jefri Ngadirin (tiga, kiri) pada Sidang media penyerahan tajaan Bubbles 02 & jersi polkadot 'King of Mountain' Le Tour de Langkawi 2025 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Ahad. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) memberi jaminan aspek keselamatan akan dipertingkatkan pada edisi kali ini, dengan memastikan pematuhan menyeluruh terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkaitan.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata, beberapa siri mesyuarat bersama semua pihak terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diadakan bagi meneliti aspek keselamatan sepanjang perlumbaan.
"Dengan pengalaman yang kita lalui sejak 2023 hingga kini, isu keselamatan tidak timbul. Pihak polis juga telah mempertingkatkan kekuatan mereka untuk memastikan perlumbaan kali ini dikawal dengan baik.
"Pada masa sama, jangan lupa Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) juga mempunyai SOP yang perlu dipatuhi. Jadi kita sentiasa mengikuti semua garis panduan ditetapkan UCI dan PDRM," katanya kepada pemberita, di sini, pada Ahad.
Pada 6 Sept lepas, seorang peserta Langkawi Legendary Ride (LLR) 2025, Low Beng Seng, 28, maut akibat kemalangan ketika sedang berkayuh di Jalan Kuala Muda dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL, Emir Abdul Jalal berkata, edisi tahun ini membabitkan kos kira-kira RM19.5 juta dengan RM7.5 juta diperoleh melalui tajaan termasuk RM1 juta daripada BubblesO2 dalam bentuk tunai dan barangan.
Beliau berkata, memandangkan edisi kali ini di bawah anjuran MSN, peruntukan daripada geran kerajaan dan penaja disalurkan terus kepada operasi, keselamatan, infrastruktur dan logistik.
Emir berkata, penganjur kini memasuki tahun ketiga mengendalikan LTdL sejak 2023 dan telah mengumpul pengalaman berharga.
"Daripada pengalaman kami, kami yakin kali ini kami dapat menganjurkannya dengan baik dan teratur," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LTdL
#SOP
#PDRM
#Majlis Sukan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan