KUALA LUMPUR: Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi untuk melahirkan lebih ramai pelapis negara, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Hannah mengakui dana diberikan itu pasti mampu menyemarakkan sukan berkenaan namun menyeru syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mempunyai bajet tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk melabur dalam sektor sukan.
"Penyertaan sukan berpasukan memang sangat mahal kerana ia melibatkan ramai peserta. Itu sebab mereka perlukan sokongan daripada semua pihak dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru semua GLC mempunyai bajet CSR untuk melaburkan dalam sukan.
"KBS boleh membantu GLC mengenal pasti persatuan sukan yang memerlukan sokongan korporat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad negara yang bakal menyertai Kejohanan Dodgeball Dunia 2024 di Austria, Ogos ini.
Hannah berkata agak sukar bagi sukan seperti Dodgeball mencari tajaan berbanding sukan popular seperti badminton atau bola sepak yang mempunyai pengikut tersendiri.
Sementara itu, Presiden MAD Datuk V. Radhakrishnan berkata sebahagian daripada sumbangan KBS itu akan digunakan untuk perbelanjaan skuad negara ke Austria untuk mempertahankan gelaran juara lelaki buat kali keempat berturut-turut dari 11 hingga 17 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024
Hannah bersama V. Radha Krishnan hadir pada penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada pasukan kebangsaan yang menyertai Kejohanan Dodgeball Dunia di Sportizza, Petaling Jaya, pada Ahad. - Foto BERNAMA
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Polis siasat himpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong
Polis akan menyiasat penganjuran himpunan kibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada Sabtu.
Insiden kibar bendera China, Persatuan Guan Gong mohon maaf
Soon Boon Hua berkata tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.
Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.
Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.
Dua hari siapkan baju bertema Jalur Gemilang
Program Sambutan Anak Merdeka bersempena Hari Kebangsaan ke- 67 tahun di Dewan Utama Memorial Tun Hussein Onn Kuala Lumpur dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang pada Sabtu.
Lebih 200 rakyat Malaysia sambut Hari Kebangsaan di China
Penuntut Malaysia yang tinggal di Beijing, China teruja dengan sambutan Hari Kebangsaan anjuran Kedutaan Besar Malaysia itu.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67
Seramai 4,145 peserta dan 563 kenderaan daripada 111 kontinjen memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pahang itu.
Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perak
Sambutan bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Division dengan iringan pasukan pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Google guna rekaan Doodle Merdeka lebih kurang sama sejak 2021
Pada tahun ini, apabila anda klik pada logo Google Malaysia, ia akan turut membawa kepada halaman carian yang dilengkapi dengan animasi letusan mercun.
47 pelatih OKU bina replika Jalur Gemilang daripada botol air mineral terpakai
Sebanyak 47 pelatih Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) Kimanis Papar di sini membina replika Jalur Gemilang daripada botol air mineral terpakai sempena meraikan Hari Kebangsaan.