awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

47 pelatih OKU bina replika Jalur Gemilang daripada botol air mineral terpakai

Bernama
Bernama
30/08/2024
13:43 MYT
47 pelatih OKU bina replika Jalur Gemilang daripada botol air mineral terpakai
Dk Suhaila berkata pelatih-pelatih OKU itu mempamerkan semangat berpasukan, ketekunan dan rasa bangga dalam kerja mereka bagi menyiapkan projek itu menjelang Hari Kebangsaan hujung minggu ini. - Gambar KLPOKU
LABUAN: Sebanyak 47 pelatih Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) Kimanis Papar di sini membina replika Jalur Gemilang daripada botol air mineral terpakai sempena meraikan Hari Kebangsaan esok.
Superintendan kompleks itu Dk Suhaila Pg Suhaimi berkata replika berukuran tujuh kaki lebar dan 18 kaki panjang itu diperbuat daripada 427 botol mineral dan turut melambangkan kekuatan semangat insan dalam mengatasi cabaran.
"Para pelatih, di bawah jagaan pusat kecemerlangan untuk OKU ini, bertungkus lumus selama tiga minggu sejak 1 Ogos untuk menyiapkan projek tersebut.
"Mereka dibimbing dan dibantu oleh 42 kakitangan, yang memastikan setiap peserta menyumbang kepada pembinaan bendera ini," katanya kepada Bernama hari ini.
Dk Suhaila berkata pelatih-pelatih OKU itu mempamerkan semangat berpasukan, ketekunan dan rasa bangga dalam kerja mereka bagi menyiapkan projek itu menjelang Hari Kebangsaan hujung minggu ini.
"Replika yang telah siap itu berdiri sebagai simbol perpaduan dan daya tahan, sebagai lambang semangat nasional Malaysia yang akan menyambut hari kemerdekaannya.
"Projek yang telah menjadi projek tahunan itu, lebih sekadar pemasangan seni; ia ialah bukti kemampuan individu kurang upaya apabila diberikan sokongan dan peluang yang betul," katanya.
Inisiatif itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai potensi OKU serta menggalakkan penyertaan lebih besar mereka dalam masyarakat.
"Ketika negara bersiap sedia untuk menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67, kisah 47 pelatih ini menjadi peringatan bahawa dengan keazaman dan sokongan, cabaran yang paling getir dapat diatasi," katanya.
Dk Suhaila berkata pencapaian itu bukan sahaja mencerminkan kerja keras mereka tetapi juga harapan dan inspirasi untuk semua rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Jalur Gemilang
#OKU
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan