Malaysia atasi Myanmar 5-0 dalam BATC 2026

Pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Conson, Pusat Sukan Qingdao, menyaksikan perseorangan negara Justin Hoh menyumbang mata pertama negara dengan menewaskan Hein Htut 21-18, 21-19 dalam masa 48 minit. - Foto Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Skuad badminton lelaki negara tidak menghadapi masalah untuk menempah laluan ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Myanmar 5-0 pada aksi pembukaan Kumpulan D Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2026 di Qingdao hari ini.
Ringkasan AI
- Skuad badminton lelaki Malaysia menewaskan Myanmar 5-0 dalam Kumpulan D Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2026 di Qingdao.
- Justin Hoh, Eogene Ewe, dan Kong Wei Xiang menyumbang kemenangan mudah untuk skuad negara.
- Malaysia akan berdepan Indonesia dalam aksi terakhir kumpulan, hanya dua pasukan terbaik layak ke suku akhir.
Skuad negara terus melebarkan jurang mata 3-0 melalui Kong Wei Xiang yang mudah menundukkan Lal Zuidika 21-11, 21-11. Seterusnya, beregu negara Aarn Tai-Roy King Yap membelasah gandingan Myanmar, Nyan Shaine Lin-Phone Htet Zaw 21-11, 21-9, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia 4-0.
Beregu terakhir, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri melengkapkan kemenangan besar 5-0 dengan menundukkan Phyo Thurain Kyaw-Lal Zuidika 21-9, 21-7.
Malaysia dijadual menghadapi cabaran sebenar menentang Indonesia pada aksi terakhir kumpulan esok.
Hanya dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke suku akhir.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


