awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bermula langkah kanan di Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia

Bernama
Bernama
11/09/2018
22:11 MYT
Malaysia bermula langkah kanan di Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia
Sivasangari (gambar) memastikan kemenangan Malaysia dengan menewaskan Elani Landman. - Gambar fail
Malaysia bermula langkah kanan dengan menewaskan Afrika Selatan 3-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D di Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia di Dalian, China, pada Selasa.
Pada aksi semalam, bekas pemain nombor lima dunia, Low Wee Wern memberikan mata pertama buat negara selepas menundukkan Milnay Louw 11-6, 11-6 dan 11-8 sebelum juara perseorangan Sukan Asia 2018, Datuk Nicol David mengalahkan Alexandra Fulle, 11-4, 11-7 dan 11-8 untuk mengukuhkan kedudukan pasukan, menurut laman sesawang kejohanan, www.wsfwomensteams.com.
Juara kebangsaan, S.Sivasangari memastikan kemenangan Malaysia dengan menewaskan Elani Landman, 11-6, 13-11 dan 11-3.
Malaysia akan bertemu Hong Kong dalam perlawanan kedua pusingan awal, pada Rabu.
Dalam perlawanan lain Kumpulan D, Hong Kong mengalahkan Switzerland 3-0.
Enam belas pasukan menyertai kejohanan dwitahunan dunia itu kali ini. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#China
#Elani Landman
#Low Wee Wern
#Malaysia
#Nicol David
#S Sivasangari
#Skuasy
#sukan
#wanita
#women's world team squash championship
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan